Saya ingin menekan di sini ialah usaha yang berterusan yang perlu kita wujudkan dalam diri kita. Ia tidak tertumpu kepada aspek akademik semata-mata, malah kemantapan ilmu ukhrawi (akhirat atau agama) juga perlu dituntut bersama. Usaha berterusan ini hendaklah di aplikasi dalam segala aspek. Antara cara yang mudah ialah bijak menggunakan sumber yang ada disekeliling atau mengambil segala peluang yang ada. Contohnya, dapatkan tips belajar berkesan dari pensyarah yang mengajar kita dan kita tidak perlu membeli buku kaedah belajar (ada penjimatan) atau penglibatan diri dalam organisasi dalam menambahkan skill dan pengalaman, tentunya kita perlu pilih organisasi atau kelab yang mampu memberi input yang kita mahukan dan organisasi itu mampu membentuk jiwa kita supaya menyukai perkara kebaikan dan menjauhi keburukan.
Begitu juga dengan ilmu agama. Teringat seorang ustaz memberi tahu bahawa insan atau manusia ini terdiri daripada dua juzuk (benda) iaitu jasad (jasmani) dan roh (rohani). Sehinggalah sampai detik kematian, satu darinya akan ke atas dan satu lagi akan ke bawah iaitu jasad ke bawah dan roh ke atas. Sambungnya lagi, dengan agamalah akan menentukan baiknya proses pemisahan antara dua juzuk tadi (sakaratulmaut). Kesimpulan, jika mantap agamanya,
maka mudahlah ketika itu. Jika tidak, sukarlah ia. Justeru, ilmu agama adalah utama untuk dituntut kerana kita yang sedang hidup ini adalah sedang munggu mati. Kita perlu berusaha untuk menyeimbangkan duniawi dan ukhrawi dan meletakkan keredhaan Allah swt sebagai matlamat kehidupan.
(to be continued)
0 comments:
Post a Comment