Saturday, November 14, 2009

Suara Pelajar UiTM Pulau Pinang

Ini beberapa aduan/cadangan/kritikan yang diterima dari pelajar UiTMPP sepanjang berlansung Minggu Sahsiah Rupa Diri dan Keselamatan pada semester ini.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 09/10
1. Lebihkan aktiviti kerohanian
2. "MPP suara UiTM, bukan suara pelajar", "MPP UiTMPP = pengawas sekolah", "letak jawatan la wei"
3. Jemput penceramah-penceramah hebat/pakar motivasi dari luar. Imbangi pembangunan sahsiah rupa diri pelajar
4. Sahsiah rupa diri pelajar perlu dipantau. Pemakaian tudung untuk pelajar perempuan (ISLAM) perlu diwajibkan
5. "Kepada saudara MPP #####, Fakulti #########. Tolong ubah sikap anda. Ada dikalangan pelajar baru tidak menyenangi atas sikap anda
6. Kebajikan pelajar Sabah dan Sarawak perlu dipantau semasa cuti semester (yang tidak pulang)
7. Bersemuka dengan semua AJK persatuan dan kelab membincangkan masalah berkaitan


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ
1. Ketidaktepatan masa JPK Mutiara untuk buka gym

FASILITI/PERKHIDMATAN
1. Kemudahan Wi-Fi di Kolej Mutiara tidak memuaskan. Hanya terdapat di blok siswa. Siswi tiada.
2. Mesin fotostat dalam kawasan kampus.
3. Perbanyakkan printer di perpustakaan. Mudahkan pelajar nak print assignment.
4. Subsidi makan untuk semua student NR memandangkan kami terpaksa membayar sewa rumah tanpa  bantuan.
5. Penyediaan bas sedia ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
6. Ais mahal. Kat kafe zamrud (RM0.50 tapi plastik kecik)
7. Notis board di kolej Zamrud berserabut. Perlu ada sistem notis.



PENTADBIRAN/PENGURUSAN UNIVERSITI/KOLEJ
1. E-insentif makanan: Layanan staf kolej. "Saya menyatakan bahawa status permohonan saya berjaya, tetapi duit x tidak masuk". Staf tersebut menjawab "itu urusan awak dan pihak bendahari Shah Alam". "Adakah saya terpaksa ke Shah Alam untuk selesaikan masalah itu??"
2. Ada lecturer yang xnak ganti kelas, kuliah tertangguh
3. Update notis di Kolej Mutiara
4. Pihak pejabat kolej yang kurang berbudi bahasa terhadap pelajar
5. Makanan di cafe Zamrud mahal, harga tidak tetap
6. Lanjutkan tempoh perkhidmatan perpustakaan

SAHSIAH RUPA DIRI
1. Tumpukan perhatian kepada pakaian pelajar perempuan
2. Ramai pelajar tidak mengikut sahsiah rupa diri
3. Kawalan disiplin sahsiah rupa diri terhadap siswi sangat ringan.Slumber ke kuliah/kelas dengan memakai   selipar/kasut tidak bertutup
4. Peraturan pemakaian perempuan longgar sangat sampai terbeliak biji mata lelaki, nak terkeluar biji mata. Perempuan free-hair pakai baju xda kolar, tayang leher. Perempuan pakai selipar jamban ke kelas xda tindakan. Bukan sexist atau diskriminasi, hanya inginkan keadilan
5. "Mengapa perempuan boleh pakai selipar masuk ke library pada waktu malam?Sy pakai selipar tak boleh pulak. Apa beza lelaki dan perempuan?Bukan sy pakai selipar kotor pun"
6. Sahsiah rupa diri untuk pelajar siswi tidak diperketatkan. Asyik student lelaki untuk kesalahan sahsiah rupa diri


PENGAWAL KESELAMATAN
1. Pengawal berat sebelah. Tidak mengambil tindakan kepada pelajar yang mewarnakan rambut.
2. Pengawal keselamatan terlalu berkira dalam kesalahan kecil terhada siswa sedangkan siswi melakukan kesalahan berat (contohnya pakaian) tidak ditegur
3. Pengawal keselamatan perlu membantu pelajar/staf UiTM yang menghadapi kesulitan


Ini hanya sebahagian dari ratusan borang aduan yang diterima. Harap pihak berkenaan boleh ambil tindakan sewajarnya untuk kebaikan bersama.

" USAHA, TAQWA, MULIA"

___________________________________________________________________________________

Friday, November 6, 2009

Kelonggaran Disalahgunakan


Betul ker???
Foodcourt (sebelah Pusat Kesihatan) dah jd tempat maksiat
Betul kot. 24-hour dorang boleh guna tempat tu..
Hari tu beberapa pelajar siswi menemui aku supaya perbuatan tidak senonoh pelajar kat fudkot disampaikan ke telinga pentadbiran universiti.
Pelajar siswi tersebut menunjukkan bukti sahih (ada foto lagi). Dorang wat x senonoh mcm mana??..xyah tahu r. geli aku ceghite kan nye.
Cis, anak tak sedar diuntung. (relax li)..haha..mana x marah. kolej free.wireless free.yuran 4 ratus ringgit.elaun makan dapat. pengangkutan free (bas).
Apa nak kisah..biasalakan..sosial2 ni..
ya..memang “So Sial”

Perniagaan Sebenar


Kepada saudaraku,
Harap abang dalam keadaan sihat sejahtera. Tulisan ini akan menjelaskan keputusan saya tentang apa yang telah kita bincangkan tempoh hari.
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi belanja saya minum, berbual dengan abang dan berkenalan dengan rakan-rakan abang. Ia pengalaman yang hebat dan penuh ilmu. Sedikit sebanyak membuka mata saya tentang peranan sesama muslim dalam membantu untuk mencapai kejayaan bersama. Bagus usaha abang tu.
Jika hendak ikutkan nafsu, terus terang saya tanpa banyak berfikir saya mesti akan ikut abang. Ciri-ciri pada abang cukup meyakinkan saya supaya tidak melengahkan keputusan dan terus menyertai perniagaan tersebut.
Tetapi saya ada pertimbangan tersendiri. Sedikit ilmu pengetahuan yang ada pada saya bukanlah saya hendak mengatakan saya lebih betul dari abang. Cuma masing-masing akan terus hidup atas pilihannya dengan izin Allah.
Seperti yang abang sebut, kalau saya tak berminat pun tidak mengapa kerana abang boleh cari orang lain lagi. Maka itulah keputusannya. Bukan saya tolak rezeki atau takut ambil risiko. Rezeki itu pun datang dari Allah. Tapi saya perlukan rezeki yang bagaimana? Saya nak rezeki atau nikmat yang mampu menjadikan saya hari in lebih baik hari semalam dan esok hari lebih baik dari hari ini. Rezeki atau pun peluang yang tidak ada unsur syubhah atau pun haram. Saya tidak mengatakan perniagaan abang itu tidak betul. Cuma bagi saya, saya perlu berwaspada terlebih dahulu. Sepertinya HPA yang telah terbukti ia perniagaan halal dari segi syariahnya kerana memiliki panel-panel syariah yang mampu memberikan keyakinan pada saya untuk menyertainya.
Kita berdoa supaya apa yang telah diberi oleh Allah dalam kehidupan kita supaya pemberian itu membawa kita lebih dekat kepadaNya. Inilah yang saya dapat dari siri-siri pengalaman sebagai pelajar dan pemimpin di kampus UiTMPP ini. Ia satu matlamat yang jauh. Memerlukan pengorbanan, kekuatan menempuh dugaan dan cabaran dan peningkatan amalan supaya mendapat keberkatan dalam ilmu penghidupan untuk menghadapi hari kematian.

Jika ditanya, yang mana saya mahu, senang atau tenang?..Saya mahu keduanya (tenang dan senang). Tetapi jika ditanya yang mana patut didahulukan?..Saya kata tenang. Allah Maha Adil. Allah Maha Pemurah. Kita susuri kisah Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Beliau seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Setelah memasuki Islam, beliau mendahulukan ketenangan berbanding kesenangan. Ketika seruan supaya menginfak harta benda untuk tujuan jihad di zaman Rasulullah, maka Rasulullah pun bertanya kepada Abu Bakar “Apa yang telah kamu tinggalkan (harta setelah infak) untuk keluarga kamu?’’. Maka jawab Abu Bakar “Hanya Allah dan Rasul”.
Kisah Abu Bakar di atas membuktikan bahawa Allah Maha Pemurah. Meskipun Abu Bakar menginfak semua hartanya, dia sekeluarga tetap dapat hidup malah mencapai tahap solehin. Inilah kehebatan iman sahabat baginda yang mana mengutamakan tenang dari senang.


Firman Allah swt:
 10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? 
11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.  
(61. Ash Shaff: Ayat 10 dan 11)


“Beramal dengan berfikir, berfikir dengan zikir”