Sunday, July 5, 2009

Peluang Hijrah Untuk Mahasiswa

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya masih diberikan nikmat menuntut ilmu kepada jutaan rakyat Malaysia khasnya kepada yang baru selesai menduduki SPM. Tahniah kepada yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading bergelar sebagai mahasiswa Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.


Saya telah terlibat dalam minggu orientasi pelajar baru atau Minggu Mesra Siswa (MMS) di UiTMPP sebanyak 4 kali. Ilmu pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sebagai Pembantu Mahasiswa (PM) banyak membantu dalam kehidupan seharian sebagai pemimpin pelajar dan penuntut IPT. Justeru, saya harap tulisan ini mampu membantu Mahasiswa Baru (MB) dalam kehidupan di kampus. Mungkin juga ada perkongsian cerita peribadi saya yang boleh diambil sebagai pengajaran dan iktibar.

Lazimnya jika ditanyakan soalan kepada pelajar apakah tujuan mereka masuk ke universiti, sudah tentu mereka menjawab, "saya nak belajaq", atau "saya ingin penuhi harapan ibu bapa saya", atau "kawan saya masuk U, saya mesti masuk U jugak". Dan ada juga menambah "Alang-alang masuk U, carik marka (awek) sekali". Tuu dia. Sampai lagu tu.(saja loghat utara skit). Secara rumusannya, rata-rata pelajar di universiti ingin belajar sehingga berjaya dan ingin mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.

Kita hayati hadis ini:

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ))

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Antara perkara pokok dari hadis di atas ialah kepentingan niat dalam sesuatu amalan. Niat menjadi penentu suatu amal itu ibadah ataupun bukan. Saya tak terkecuali dari berniat masuk U adalah untuk mendapat kejayaan dan ingin memiliki kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Memiliki rumah besar dan kereta mewah. Ye lah kan, bakal jurutera. Pasti gajinya lumayan. Di sini lah terdapatnya kelompangan dalam hidup saya akibat menitik beratkan fardhu kifayah (akademik) sehingga terabai fardhu ain yang lebih utama untuk dipelajari terutama dalam batas aurat sesama lelaki (tetap pusat hingga lutut juga) dan batas pergaulan lelaki-perempuan (ni yang paling bahaya..huhu) . Sehinggalah saya bertemu sahabat ketika menyertai Rakan Pusat Islam (RPI-masa semester 1) dan secara tidak lansung sahabat di RPI membantu dan membawa saya kepada matlamat sebenar hidup di dunia ini adalah menuju kepada Allah swt dan ia sama sekali menafikan niat saya yang sebelumnya semata mengejar kemewahan dan kerjaya. Jadi, amatlah rugi kesungguhan menuntut ilmu yang diusahakan jika ia tidak disebabkan untuk mencari keredhaan Allah swt.

(to be continue)

0 comments:

Post a Comment