Thursday, February 18, 2010

Belajar Dari Penglihatan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah milik Allah swt.

Semua makhluk wajib tunduk dan taat segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Seperti yang dilafaz dalam doa iftitah "inna solati wa nusuki wa ma yahya wa mamati lillahi rabbil alamin" yang bermaksud "sesungguhnya solatku, ibadatku dan matiku hanya bagi Tuhan sekalian alam"

MASALAH

Sedikit perkongsian, aku sementara waktu ini  bekerja sementara sebagai tutor. Pelajar-pelajar terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Aku melihat mereka, teringat diri aku yang dahulu...huhu. Aku jadi tutor dalam pelajaran Bahasa Melayu. Kekadang dalam penulisan, aku sengaja memberi task karangan yang bertajuk masalah sosial dikalangan remaja. Hampir semuanya mampu memberi respon akan punca-punca terjadinya masalah sosial.

Tetapi,

Melihatkan mereka begitu bebas bergaul, bertepuk tampar, berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan. Mendedah aurat dalam berpakaian. Bercakap pada perkara kurang sopan. Dan kurang beradab dalam menuntut ilmu. Dan juga sentiasa UPDATED dengan hiburan semasa. Lady Gaga, Raja Lawak dll.

Mungkin ada yang berkata "Alah, biasalah tu". Tetapi kebiasaan ini adalah salah dan berdosa. Mengenepikan agama.

Secara teori, mereka sudah tahu kenapa berlaku masalah sosial. Pengaruh rakan sebaya, ibu bapa yang kurang beri perhatian, kurang didikan agama dan sebagainya.

Samalah seperti aku yang dahulu. Tahu tetapi tak mahu. Cis, bodohnya aku waktu itu.
TURNING POINT

Ia bukan satu perkara mudah untuk mendapatkan titik tolak untuk berubah. Inilah hijrah. Dari jahil kepada ilmu. Dan sebaik-baik hijrah adalah kerana Allah swt. Taufiq dan Rahmat Allah adalah yang terbaik dan hebat. Tanpanya, hijrah seseorang itu belum tentu hijrah yang sejati dan tulen.

Mengharap rahmat semata-mata tidak berguna tanpa usaha. Ia perlu kepada integrasi usaha dari dalam dan luar. Yang dikatakan usaha dari dalam adalah keinginan dari individu yang bermasalah itu. Contohnya, bertemu dengan pegawai kaunseling atau ustaz untuk mengenalpasti masalah sebenar. Yang dimaksudkan usaha dari luar adalah manusia lain yan mengelilingi mereka yang bermasalah. Setiap insan perlu memainkan peranan membantu sesama manusia. Program dan aktiviti dakwah serta nasihat yang berterusan mampu menghidupkan suasana harmoni. Ambil berat, kunjung-mengunjung dan mengeratkan silaturrahim. Dalam erti kata memandu mereka bermasalah kepada cara hidup Islam yang sebenar.

Semua pihak bertanggungjawab dalam mengatasi masalah sosial dikalangan remaja kerana semakin hari parah. Zina, rogol, gangsterisma dll. Berita seperti sudah seperti biasa didada-dada akhbar.

Kita melihat:
1. Apakah kesan Program Khidmat Negara kepada masayarakat
2. Apakah kesan sistem pendidikan negara kita
3. Peranan agamawan dalam menujukkan usaha amar makruf dan nahi mungkar
4. Kemana Dasar Belia Negara ingin bawa belia-belia negara kita

Sama-sama kita bantu-membantu dalam hal ini. Kita cari jalan yang diredhai Allah untuk menyumbang jasa untuk mengatasi masalah yang makin parah ini.

Wallahua'lam..