Wednesday, July 29, 2009

Cuba Check Diri Kita

Apa kah Istidraj ??? .

Ia nya ada lah pemberian nikmat oleh Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak di redhai Nya . Ini lah yang di katakan Istidraj .


Rasullullah saw bersabda bermaksud : ' Apabila kamu melihat bahawa Allah swt memberikan nikmat kepada hamba nya yang selalu membuat maksiat ( durhaka) , ketahui lah orang itu telah di istidrajkan oleh Allah swt '

( Di riwayatkan oleh At - Tabrani , Ahmad dan Al - Baihagi ).

(Gambar Hiasan)

Tetapi manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang keliru dengan pemikiran nya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepada nya ada lah kerana Allah swt berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat nya . Masih ada orang yang ragu ragu , kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut langkah Rasullullah saw dan berpegang teguh pada agama islam .

Tapi bagaimana dengan ada orang yang solat 5 waktu sehari semalam , bangun tengah malam tahajjud , puasa di bulan ramadhan , bahkan isnin , khamis dan puasa sunat yang lain . T
api , hidup mereka biasa saja , ada yang susah juga , kenapa ?? . Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak solat , puasa pun tidak pernah , rumah nya tersergam indah , kereta mewah menjalar , duit nya banyak , dia hidup kaya dan mewah . Bila kita tanya apa kah kamu tidak takut mati ? . Jawab mereka ( si kaya yang di istidraj) alah orang lain pun mati juga , kalau masuk neraka ramai ramai seronok . Sombong nya mereka , takbur nya mereka kepada Allah swt .

Nabi Muhammad saw naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong , Nabi Sulaiman sebesar besar pangkat nya sehinggakan semua makluk di bumi tunduk di bawah perenta
h nya pun tidak sombong . Secantik cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud , mereka tidak sombong .
Bila sampai masa nya dan ketika nya mereka tunduk dan sujud menyembah Allah swt .
Manusia Istidraj

Manusia yang lupa daratan , mengambil akan nikmat yang di kurniakan oleh Allah swt tetapi mengekalkan berbuat maksiat , dia merasakan Allah swt menyanyangi nya . Mereka memandang hina kepada orang yang beramal ( yang miskin tetapi redha) . Ungkapan seperti ini selalu kita dengar : ' Dia itu siang malam ke masjid , basikal pun tidak mampu beli , sedang aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah . Tak payah beribadat pun rezeki aku mencurah curah , itu tanda nya Allah sayang aku . Sebenar nya kekayaan , kesenangan , sehat tidak sakit , di pandang mulia itu , Allah swt memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan ( Istidraj ) agar ia terus lalai dan lupa akan hari mati dan akhir nya mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah swt .

Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : ' Apabila Allah swt menghendaki untuk membinasakan semut , Allah swt terbangkan semut itu dengan dua sayap nya ( Kitab Nasaibul'Ibad ) .

Anai anai jika tidak bersayap maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah celah daun , tetapi jika Allah hendak membinasakan nya , Allah berikan sayap lalu bila sudah bersayap , anai anai pun menjadi kalkatu . Kalkatu bila mendapat nikmat ( sayap ) , dia akan cuba melawan api Begitu juga manusia bila mendapat nikmat , dia akan cuba melawan Allah . Hukum hakam Allah di langgari , malah lebih teruk lagi mereka mengantikan dengan hukum hakam yang di cipta oleh akal manusia yang terhad . Bagi mereka janji janji akhirat itu hanya cerita dongeng saja .

Bukti nya , Fir'aun , nikmat nya tidak terkira , tidak pernah sakit , bersin pun tidak pernah kerana Allah berikan nya nikmat kesihatan . Orang lain selalu sakit , tapi fir'aun tidak , orang lain mati , namun dia masih belum mati mati juga , sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku diri nya Tuhan . Tetapi dengan nikmat ( istidraj ) itu lah Allah binasakan dia .

Namrud , yang cuba membakar Nabi Ibrahim , betapa besar pangkat Namrud ? . Dia begitu sombong dengan Allah akhir nya menemui ajal nya hanya di sebabkan seekor nyamuk yang masuk ke dalam lubang hidung nya .

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qorun . Anak kunci gudang harta nya sahaja di bawa oleh 40 ekor unta ( kalau kunci nya di bawa oleh 40 ekor unta kita boleh bayangkan banyak mana hartanya) Akhir nya dia di tenggelamkan bersama sama harta nya sekali akibat terlalu takbur . Jadi kalau kita kaya , jangan sangka Allah sayang , Qorun lagi kaya akhir nya binasa juga .

Jadi , jika kita kaji dan fikir betul betul , maka terjawab lah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita . Mengapa orang kafir kaya , dan orang yang berbuat maksiat hidup senang / mewah . Pemberian yang di berikan oleh Allah pada mereka bukan lah yang di redhai nya . Rupa rupa nya ia nya ada lah ( istidraj ) bertujuan untuk menghancurkan nya .
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaan nya ? .

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat , pergi ke masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istadraj , orang naik pangkat istadraj , di muliakan orang istadraj , kita katakan yang Allah tidak redha akan mereka . Orang yang mengunakan nikmat nya untuk kebajikan , membantu perjuangan islam , membantu pada yang memerlukan dan untuk beribadat kepada Allah bukan lah di katakan istidraj . Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan , kalau hendak selamat hidup kita mesti ada pegangan ia itu Al-Qur'an , Sunnah , Qias dan Ijmak Ulama . Bukan kaya yang menjadi matlamat hidup dan juga bukan miskin yang kita cari .

Tujuan hidup kita ada lah mencari keredhaan Allah swt . Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang di redhai Allah ? . Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenar nya tentang nikmat yang di terima nya itu ia lah apabila dia bersyukur akan nikmat itu . Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah . Maka segala limpah kurnia yang di perolehi itu ada lah nikmat pemberian yang di redhai Allah swt . Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah , nescaya selamat lah kita di dunia dan akhirat .



Faqir di sisi Allah swt
haji bahari haji salleh

Peluang Hijrah Untuk Mahasiswa (cont..)

Kehidupan di kampus menemukan kita dengan pelbagai watak dan sikap manusia; rakan-rakan, pensyarah, pegawai tadbir dan lain-lain. Ini sebenarnya memberi kita peluang kepada diri kita untuk menilai posisi kita dikalangan mereka. Bergaul dengan ahli akademik atau individu yang mempunyai PhD atau Prof sudah tentu ia memberi galakan dan motivasi kepada kita untuk sama berjaya seperti mereka.

Saya ingin menekan di sini ialah usaha yang berterusan yang perlu kita wujudkan dalam diri kita. Ia tidak tertumpu kepada aspek akademik semata-mata, malah kemantapan ilmu ukhrawi (akhirat atau agama) juga perlu dituntut bersama. Usaha berterusan ini hendaklah di aplikasi dalam segala aspek. Antara cara yang mudah ialah bijak menggunakan sumber yang ada disekeliling atau mengambil segala peluang yang ada. Contohnya, dapatkan tips belajar berkesan dari pensyarah yang mengajar kita dan kita tidak perlu membeli buku kaedah belajar (ada penjimatan) atau penglibatan diri dalam organisasi dalam menambahkan skill dan pengalaman, tentunya kita perlu pilih organisasi atau kelab yang mampu memberi input yang kita mahukan dan organisasi itu mampu membentuk jiwa kita supaya menyukai perkara kebaikan dan menjauhi keburukan.



Begitu juga dengan ilmu agama. Teringat seorang ustaz memberi tahu bahawa insan atau manusia ini terdiri daripada dua juzuk (benda) iaitu jasad (jasmani) dan roh (rohani). Sehinggalah sampai detik kematian, satu darinya akan ke atas dan satu lagi akan ke bawah iaitu jasad ke bawah dan roh ke atas. Sambungnya lagi, dengan agamalah akan menentukan baiknya proses pemisahan antara dua juzuk tadi (sakaratulmaut). Kesimpulan, jika mantap agamanya,
maka mudahlah ketika itu. Jika tidak, sukarlah ia. Justeru, ilmu agama adalah utama untuk dituntut kerana kita yang sedang hidup ini adalah sedang munggu mati. Kita perlu berusaha untuk menyeimbangkan duniawi dan ukhrawi dan meletakkan keredhaan Allah swt sebagai matlamat kehidupan.




(to be continued)


Wednesday, July 15, 2009

Isu Semasa Kampus

Macam2 perkara dah berlaku semenjak bermulanya hari pendaftaran hingga ke hari. ini Paling merisaukan kes kecurian juga kembali. YDP sendiri kehilangan laptop dan wang ringgit pada MMS lepas, kira kes kecuriaan pembukaan lah tu. Kesian bos aku.

Senario terbaru, fudkot buat kat loading bay (dkt2 bukstore).nmpak meriah je.fudkot ni lah antara tmpat tumpuan pelajar.jd bila dah berkumpul-kumpul nak makan ni, mulalah siswa dan siswi.si siswa pasang pancing, umpan baik punya.belanja makan,berbual tentang pelajaran..haha taktik2 belaka.duhai siswi, hati2 lah ye.lebih2 lagi yang part1.korang ada 6 sem la kat sni.slh pilih kwn, merana diri.tapi itulah adat kehidupan.

Seorang staff bagitau hamba, "you know Aly, setiap minggu ada saja kes tangkap khalwat pelajar kita". Terkezut aku mendengarnya.itu yang kena tangkap,yang x kena tangkap?.ini pun baru kes khlwat. ada kes lari dari rumah, bercinta dengan suami orang, hisap dadah, clubbing.adoi, x larat nak tulis masalah2 tu.

Jika dibincangkan antara faktor masalah sosial dikalangan pelajar ini disebabkan oleh pelbgai faktor spt persekitaran, tekanan pelajaran, kewangan, rakan-rakan dan lain-lain. hamba berpendapat ia juga berpunca dari kepimpinan di U, sama ada peringkat U ataupun peringkat pelajar itu sendiri.

Hamba tercabar kerana selaku pemipin pelajar, apa yang hamba mampu lakukan untuk memulihkan keadaan ini. aku mengelamun dan teringat pula pepatah Cina yang pernah diungkap oleh Datuk Fadzilah Kamsah iaitu "klw ikan busuk bermula dari kepala" yang dikiaskan sebagai jika sesuatu masyarakat itu itu bermasalah (penyakit sosial) ia bermula dari pemimpinnya. Hamba setuju dengan pepatah ini.

Pengalaman hamba yang telah menjadi MPP pd penggal yang lepas sebagai Bendahari Kehormat dan kini sebagai Setiausaha sememangnya perit untuk dinyatakan. Kehidupan kita menjadi perhatian orang ramai. kerana terletaknya kita di atas. Perilaku seorang pemimpin itu menjadi sebutan dan ikutan kepada orang di bawah kepimpinanya. Pada suatu hari hamba mendapat sms dari seseorang, "knapa masam ja muka......"(ada lah smbungannya) , dan memang hari itu agak mentensyenkan saya atas beberapa perkara. tetapi lihatlah, betapa berpengaruhnya seorang pemimpin itu terhadap kepimpinannya.

Masalah Kepimpinan:ada seorang Ustaz di uitm bagi tau antara kriteria (atau asas) seorang pemimpin itu adalah: 1. Bertaqwa 2. Berwawasan 3. Berketerampilan (ilmu,soft skill dll). Cuba kita nilai pemimpin di sekeliling kita, adakah ada kriteria yang pertama iaitu bertaqwa pada mereka. Taqwa bermaksud takut kepada Allah atau melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah. Hamba melihat melihat kriteria 2 dan 3 biasa ada pada mana-mana pemimpin, tetapi taqwa itu tidak semua yang ada.

Knapa perlu seorang pemimpin ada sifat taqwa??takda taqwa pun masih boleh mengurus dan mentadbir kan??!..

Dengan taqwa, pemimpin itu dapat mengaku kebesaran Allah sebagai pentadbir alam, mengaku kekuasaan Allah setiap yang berlaku adalah atas ketentuannya dan adalah hak mutlakNya. Dengan taqwa juga ia memimpin atas kalimah suci Allah dan taqwa juga dapat memelihara kepimpinannya dari penyelewengan dan pecah amanah. Kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab.

"La takhrabuz zina": "jangan menghampiri zina" ayat al Quran yang menyeru manusia menjauhkan diri dari zina. Segala perkara yang membawa kepada zina juga adalah di larang keras. Pergaulan bebas antara laki dan wanita, berpacaran (couple) juga dilarang sama sekali.inilah perintah Allah dan bagi mereka yang bertaqwa semestinya tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

knapa x boleh couple?couple yang diamalkan oleh muda-mudi hari ini tidak bertepatan (melanggar syara') denga kaedah Islam. Seorang yang sedang couple amat2 lah sentiasa teringatkan kekasihnya itu,, sms "dh mkn ke blum?", "tgh wat pe?", lalu di manakah Allah dalam hatinya, meskipun solat 5 waktu tidak tinggal tapi adakah ia betul ingatkan Allah? Cubalah bilang sms yang kita hantar kepada kekasih dengan jumlah zikir yang kita sebut dengan ikhlas kepadaNYa. Ternyata manusia memang mudah lupa nikmat yang Allah kurniakan. Justeru, couple boleh mengundang kesesatan kerana mendahulukan makhluk melebihi Allah swt. (klw kita meninggikan manusia melebihi Allah, maka orang itu lebih hebat dari Allah.btol x? lu pikirla sendiri- rosak akidah-)

Seperti yang hmba telah sebut, tindakan pemimpin akah dicontohi oleh kepimpinannya (org di bawah). Klw ketua nya couple, anak buah pun juga akan couple (ikan akan busuk bermula dari kepala). Situasi ini lah yang sedang berlaku di kampus. ada seorang pemimpin kolej sedang bercouple (pegang tangan beb), bila tersempak dengan aku terus lepas tangan..hehe buat2 baik.dengan aku ko takut, dengan Allah Yang Maha Melihat, malaikat kiri kanan 2 ko x takut?!! Begitu juga yang membawa suara dakwah (nasyid) di kampus. mana nak berkat dakwah, dalam masa yang sama buat maksiat..(nak dakwah ke nak glamour..hehe) ibarat tikus membaiki labu.

Sama juga yang terlibat dengan aktiviti2 mpp. dok rapat2 laki dan pempuan.alah terkena sikit ja. bukan wat apa2 pun. baersentuhan, bertepuk tampar, bergurau secara belebih-lebihan antara laki dan pempuan. semua ambil ringan je. ntah dah bertimbun dosa.

aduhai pemimpin pelajar....ni baru kat kampus. belum masuk masyarakat lagi. dah la politik kucar-kacir. oh... umat akhir zaman. nak kiamat ni bro..

pilhanraya kampus tidak lama lagi akan berlansung, mana2 calon yang ingin bertanding pastikan ada 3 kriteria di atas. jika tidak, masalah yang sama akn timbul.

ambilah iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita.kebanyakan masalah yang timbul kerana kita tidak menjadikan Islam sebagai ad-din atau cara hidup yang sebetulnya.kita perlukan al quran dan hadis dalam kehidupan seharian.berdampinglah dengan ulama' dan ustaz.

"bersama usaha menjadi hamba pilihanNya"


Sunday, July 5, 2009

Peluang Hijrah Untuk Mahasiswa

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya masih diberikan nikmat menuntut ilmu kepada jutaan rakyat Malaysia khasnya kepada yang baru selesai menduduki SPM. Tahniah kepada yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading bergelar sebagai mahasiswa Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.


Saya telah terlibat dalam minggu orientasi pelajar baru atau Minggu Mesra Siswa (MMS) di UiTMPP sebanyak 4 kali. Ilmu pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sebagai Pembantu Mahasiswa (PM) banyak membantu dalam kehidupan seharian sebagai pemimpin pelajar dan penuntut IPT. Justeru, saya harap tulisan ini mampu membantu Mahasiswa Baru (MB) dalam kehidupan di kampus. Mungkin juga ada perkongsian cerita peribadi saya yang boleh diambil sebagai pengajaran dan iktibar.

Lazimnya jika ditanyakan soalan kepada pelajar apakah tujuan mereka masuk ke universiti, sudah tentu mereka menjawab, "saya nak belajaq", atau "saya ingin penuhi harapan ibu bapa saya", atau "kawan saya masuk U, saya mesti masuk U jugak". Dan ada juga menambah "Alang-alang masuk U, carik marka (awek) sekali". Tuu dia. Sampai lagu tu.(saja loghat utara skit). Secara rumusannya, rata-rata pelajar di universiti ingin belajar sehingga berjaya dan ingin mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.

Kita hayati hadis ini:

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ))

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Antara perkara pokok dari hadis di atas ialah kepentingan niat dalam sesuatu amalan. Niat menjadi penentu suatu amal itu ibadah ataupun bukan. Saya tak terkecuali dari berniat masuk U adalah untuk mendapat kejayaan dan ingin memiliki kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Memiliki rumah besar dan kereta mewah. Ye lah kan, bakal jurutera. Pasti gajinya lumayan. Di sini lah terdapatnya kelompangan dalam hidup saya akibat menitik beratkan fardhu kifayah (akademik) sehingga terabai fardhu ain yang lebih utama untuk dipelajari terutama dalam batas aurat sesama lelaki (tetap pusat hingga lutut juga) dan batas pergaulan lelaki-perempuan (ni yang paling bahaya..huhu) . Sehinggalah saya bertemu sahabat ketika menyertai Rakan Pusat Islam (RPI-masa semester 1) dan secara tidak lansung sahabat di RPI membantu dan membawa saya kepada matlamat sebenar hidup di dunia ini adalah menuju kepada Allah swt dan ia sama sekali menafikan niat saya yang sebelumnya semata mengejar kemewahan dan kerjaya. Jadi, amatlah rugi kesungguhan menuntut ilmu yang diusahakan jika ia tidak disebabkan untuk mencari keredhaan Allah swt.

(to be continue)

Friday, July 3, 2009

PENANG-BEIJING "Exploration Civilization"

Pada 16-21 Jun 2009, MPP 07/08 UiTM Penang telah mengadakan lawatan akademik/industri ke negeri tembok besar itu yang bertemakan PENANG-BEIJING "Exploration Civilization". Hasil gigih anggota MPP ini yang telah menjana kewangan organisasi semasa di kampus membuah hasil senyuman gembira apabila kami mampu menganjur program pengantarabangsaan ini.
Delegasi lawatan ini terdiri daripada 20 orang peserta, iaitu 1 orang pegawai pengiring dan 19 orang mahasiswa. Program ini juga mampu dilaksanakan berkat sokongan padu pihak pengurusan UiTMPP khasnya dan UiTM Shah Alam umumnya. Sedikit belajawan dari pihak universiti memang membantu melancarkan program ini.

Penerbangan dengan pakej Air-Asia X iaitu pesawat jenis Air Bus 330 telah mengambil masa selama 6 jam untuk sampai ke Tianjin. Setibanya di China, pesawat tidak dapat mendarat kerana cuaca yang kurang baik di Tianjin dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Air Port Beijing. Lebih 5 jam kami terkandas di Beijing sementara menunggu cuaca di Tianjin reda. Alhamdulillah, sampai juga kami di Tianjin Air-Port dan terus di bawa ke penginapan di Beijing.

(bersama samsuri di Tianjin Air Port)

Lawatan kami dibantu oleh seorang juru pelancong, Andy berbangsa cina dan fasih berbahasa melayu indonesia. Juru pelancong itu juga banyak memberi informasi dan tips-tips berguna terutamanya ketika shoping. Selama lebih kurang 5 hari di Beijing, kami telah dibawa ke merata tempat pelancongan yang menarik. Antara tempat yang dikunjungi:
  • Summer Palace
  • Pearl City
  • Kedai Sutera
  • Yashow Martket
  • Kilang Jade dan Crystal
  • Great Wall
  • Tia'anmen Square
  • Forbidden City
  • Stadium Olimpik Beijing (stadium sarang burung)
  • banyak lagi!!!


(latar belakang stadium sarang burung)

Kota Beijing adalah salah satu kota metropolitan yang maju di dunia. Bangunan pencakar langit begitu banyak. Dari sudut pentadbiran negara komunis itu, rakyat negara adalah keutamaan. Pelbagai subsidi telah diberi untuk membantu rakyat contohnya tambang kereatapi bawah tanah atau subway. Tambang tersebut berharga 2 yuan atau RM1 (lebih kurang) dan boleh ke mana-mana destinasi sama ada jauh ataupun dekat. Selain itu, kerajaan China juga telah mendasarkan syarat pemilikan tanah. Rakyat negara itu tidak boleh memiliki atau membeli tanah persendirian. Semua tanah adalah milik kerajaan. Ini mampu menangani masalah jurang ekonomi yang ketara dikalangan penduduk tempatan.


(kat kedai jade)

Antara pengalaman yang paling seronok di Beijing ialah membeli-belah. Beijing adalah syurga membeli-belah bagi pelancong. Pengalaman shoping ini terbahgi kepada 3 bedasarkan tempat iaitu shoping di bangunan (pasaraya) kerajaan, pasaraya swasta dan gerai-gerai awam. Pasaraya milik kerajaan adalah dijamin keaslian barangan mereka. Pasaraya swasta pula hampir kesemua barangan adalah ASPAL (ASli tapi PALsu- Andy yang ajar). Peniaga-peniga di pasaraya swasta juga aggeresif dalam menarik pelancong supaya membeli barangan mereka sehingga ke tahap menarik tangan dan tolak-menolak Proses tawar-menawar adalah perkara wajib kerana peniaga meletakkan harga yang tinggi pada setiap barang dijual. Justeru, kemahiran komunikasi amat penting ketika ini. Gerai awam pula gerai di pinggir-pinggir jalan menjual buah-buahan, makanan dan barang-barang runcit.


(bergambar bersama pelayan restoran makanan muslim)

Antara cabaran besar hidup di negara China adalah adat dan cara hidup. Terutama makanan dan kaedah bersuci. Sebagai muslim, kita tetap dengan pegangan kita meskipun di bumi China. Perlu dan wajib mencari yang halal selagi belum darurat.



(kat sebuah masjid)

Meskipun ada 17 juta muslim di China (melebihi muslim di Malaysia) ia tetap jumlah yang minoriti kepada jumlah rakyat seramai 1.1 billion orang. Itu lah cabaran kaum muslim di China dalam menjalani penghidupan harian. Masih banyak kegiatan dakwah dan tarbiyyah perlu dijalankan supaya Islam kekal subur.

Lawatan ke Beijing ini telah membuka sedikit minda dan mencetuskan beberapa resolusi diri. Betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Rohani dan jasmani. Sejauh mana kita mampu mempertahankan maruah diri dan ketinggian agama Islam di negeri orang. Disamping itu dapat juga menyelami kesukaran pendakwah di China dalam mengajak manusia berbuat kebaikan. Ia juga menyentuh persoalan syukur kita kepada Allah yang telah memberi nikmat dan keizinan saya melewati bumiNya. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!

(AKU MOHON AMPUN YA ALLAH ATAS SEGALA DOSA DAN MAKSIAT YANG TELAH AKU LAKUKAN. IZINKANLAH SUPAYA AKU DAPAT MENAMBAH BAIK DIRI DAN DAN MEMANFAATKAN DIRIKU PADA ORANG LAIN)

Langkah Pertama dan Seterusnya

Ape yang nak jadi lepas ini..
Nikmat demi nikmat telah diberi
Tanda Dia sentiasa menyayangi

Tapi apakah aku akan mensyukuri nikmat itu?
Atau aku makin kufur kepadaNya?

Tunduklah. Redhalah. Berusahalah.
Untuk menjadi hamba pilihannya.