Sunday, December 6, 2009

Kisah Pelajar Fakulti Hotel Yang Berpraktikal

Salam…

Huh lame bebeno tak menulis blog. Pe sal la malas sgt nih. Hurm..Sebenornye x la mls pun. Mgkin terlalu byk perkra nak ditulis smpai langsung x tertulis..(apa punya alasan lah).

Tapi xpe..tetap kene “balighu anni walau ayah”

Nak cerita la skit. Ni kisah rakan2 dan kenalan2 aku la. Menjadi tanggungjawab aku untuk cuba membantu dalam apa jua permasalahan yang timbul dikalangan pelajar di kampus UiTMPP ni.


(bangunan fakulti hotel uitmpp)

Masalahnya, student fakulti hotel yang berpraktikal di tempat atau hotel yang ada arak atau menyediakan minuman keras itu. Mereka cakap,
klw praktikal kat hotel kena bawak arak, hidang arak. Mereka kata ni benda biasa di hotel. Aku tau la bnda ni adalah kebiasaan kat hotel tapi yang x biasanya klw yg buat kerja tu orang Islam, student UiTM lak tuh. Jadi, pelajar-pelajar ni mintak pendapat dan pandangan aku dalam hal ni. Eceh, gaya macam aku ni ustaz ja. Ilmu xda. Tapi skdr mencoba dgn bekal ilmu yg seciput ni.

Ok, we back to basic.

Di UiTM kan kita diwajibkan ambik kursus Prinsip Asas Islam (CTU101) masa sem 1. Ok, Apa dia prinsip asas Islam??..Dari pemahaman aku dari sbjek CTU101 tu, ianya adalah akidah, syariah dan akhlak. Inilah asasnya.
***Prinsip Asas Islam:
1. Akidah
2. Syariah
3. Akhlak

Kita bincang satu skop, syariah. Syariah satu cabang prinsip yg menerangkan tentang hukum-hakam setiap amal atau perkara. Ia ditetapkan bersumberkan al Quran, hadis, Ijmak dan Qias. Maka, syariahlah mengkatogerikan sesuatu perkara itu menjadi kepada 5 hukum sama ada Wajib, Haram, Harus, Sunnah ataupun Makruh. Dan Ulama’ melatakkan 5 perkara sebagai Maqasid Syariah (kepentingan menjaga syariah) iaitu: Akal, Maruah, Nyawa, Agama dan Harta (atau AMaNAH: dulu aka hafal perkataan ni nak bg ingat).
***Maqasid Syariah (kepentingan):
1. Menjaga Akal
2. Menjaga Maruah
3. Menjaga Nyawa
4. Menjaga Agama
5. Menjaga Harta

Kita rujuk pula hadis Rasulullah saw yang berkaitan


Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w melaknat 10 golongan berkaitan dengan arak;
1) pemerahnya
2) orang yang menyuruh memerahnya
3) peminumnya
4) pembawanya
5) orang yang menyuruh membawa untuknya
6) penuangnya
7) penjualnya
8) orang yang mengambil bayarannya
9) pembelinya
10) orang yang menyuruh membeli untuknya
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)


Jadi bila berbailk pada kes2 praktikal bercampur dengan arak ni, ia merupakan suatu perkara yang amat besar dan tidak boleh diambil mudah. Kita lihat hari ni sudah begitu ramai anak muda sudah rosak akhlaknya. Ia berpunca dari kesilapan kita kerana tidak mendaulatkan syariah Islam. Ilmju syariah mengatakan arak itu hukumnya haram, maka kita kena akur, patuh dan tanpa ragu-ragu patut menjauhi perbuatan bersangkutan dengan arak itu. Inilah yang ilmu kita belajar semasa part 1 dulu.

Saya menasihatkan mana2 pelajar hotel yang ingin berpraktikal cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan benda haram ini. Kita perlu sedar tentang bahayanya bergaul dengan perkara2 syubhah. Sebaiknya mintalah nasihat2 dari mereka yg lebih arif. Ustaz, ustazah, atau pensyarah agama Islam supaya rezeki dan ilmu yg dperolehi itu berkat dan diredhai Allah.

Ataupun (ni nak promote skit) pi lah praktikal kat hotel milik HPA Sdn. Bhd (yang iklan “Mai Secawan”). Dijamin halalan wa toyiban.




(di hadapan bangunan hotel uitmpp)

Dan sy mencadangkan pihak2 terlibat: Fakulti, Persatuan Dalaman Fakulti, Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak berkenaan perlu ambil tindakan segera dan duduk berbincang supaya perkara ini menjadi lebih baik dari semasa ke semasa dalam merealisasikan motto UiTM: Usaha, Taqwa, Mulia. Suarakan lah keresahan pelajar hotel ini ke pihak pentadbiran universiti.

Sekian.




2 comments:

ciK sEbah27 said...

assalamualaikum...

musykil3...

camne plak ngan kedai y mjual arak 2 sndri...cthnye '7eleven' ()bukan nme sbenar)...

kte xdala p bli arak 2...tp kte wat urusniaga ngan dorg??beli jajan...

camne ni??adakah kte bdosa...cz kte da 'b'urusniaga ngan org y bdosa??

wallahualam

Kaseh Ayunis said...

salam.pelajar fakulti hotel sebenarnya bleh elakkn diri dalam memilih hotel2 yang terlibat dgn arak..hotel seri malaysia,hpa,resort2,lsg, fastfood n lain2..yg penting usha nak elak..
wassalm.

ex-dfsm

Post a Comment