Thursday, October 22, 2009

Isu Semasa Lagi..


Bismillahirahmanirrahim.
Pada post yang lepas  aku mengatakan itu adalah post yang terakhir  tetapi aku silap. Aku mahu lagi menulis selagi bergelar pelajar UiTM Penang. Meskipun sibuk dengan beberapa projek, test dan assignment tetapi aku tetap mahu menulis. Penulisan aku kali ini terpanggil atas beberapa isu yang bakal, sedang dan bakal timbul sekitar kehidupan di bumi UiTMPP ini.
Isu yang pertama adalah berkenaan dengan kepimpinan kampus. Baru-baru ni, Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTMPP mengadakan perlantikan baru bagi menggantikan kepimpinan kolej yang lama. Tahniah dan takziah bagi yang telah dilantik untuk memegang jawatan JPK itu. Kemudian timbullah beberapa persoalan dari beberapa individu kepada aku tentang peralihan kuasa itu. Antaranya:
1.       Apakah yang telah disumbangkan oleh pimpinan lepas kepada kepimpinannya?
2.       Adakah pimpinan baru ini akan lebih baik dari pimpinan yang lepas? Jika lebih baik, apa ukurannya?
3.       Apa hala tuju pimpinan baru kepada kepimpinannya?
*kepimpinan=orang-orang/perkara  di bawah tanggungjawab pemimpin
Justeru, kepimpinan adalah tanggungjawab dan amanah. Pandangan saya, sebagai umat Islam kita telah ada kaedahnya. Al Quran dan sunnah telah memudahkan tugas-tugas seorang pemimpin. Ia bonus yang sangat-sangat bernilai. Cuba kita renungkan rentetan sirah Nabi bagaimana Nabi Muhammad SAW diberi wahyu, Jibril mengajar Baginda dengan perkataan IQRA’ yang bermaksud BACALAH. Inilah sebenarnya kunci kejayaan kepada sesuatau kepimpinan. Kita mulakan dengan MEMBACA Al Quran ,kemudian MEMAHAMI Al Quran  dan MENGAMALKAN tuntutan Al Quran. Menjadi pemimpin yang berjaya perlu kapada perlu kepada 3M di atas. Kandungan al Quran adalah menyeluruh. Akidah, syariah dan akhlaknya.
Teringat aku pada pesanan seorang senior (mantan MPP), dia kata “hang kena jaga 3 perkara bila jadi MPP,pada diri hang dan orang-orang bawah hang iaitu Solat fardhu 5 waktu, Iktilat (masalah pergaulan lelaki dan wanita atau siswa dan siswi) dan Aurat
Kenapa  penting 3 perkara di atas? Mari kita bincang bersama.
45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan (29. Al 'Ankabuut)
Hebat bukan kuasa Allah. Dengan besolat mencegah kemungkaran (maksiat). Maka pada mereka yang berasa dalam keadaan maksiat periksalah bagaimana solat kita.
Kenapa perlu menjaga ikhtilat (pergaulan lelaki dan wanita)??..ini bab penting sekali. Kenapa? Kerana ia mempengaruhi hati. Ya, hati. Hati yang mudah berbolak-balik, berasa kasih, rindu, terkenang, terbayang dan lain-lain. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sebagai contoh bercouple sangat2 kuat untuk menyerang hati manusia. Meskipun ada yang menggunakan term “Teman Tapi Mesra” atau pun “kami ni kawan biasa2 je” sebenarnya itu adalah alasan untuk membenarkan dirinya untuk terus berada dalam keadaan tersebut.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad menyebut,”Ketahuilah dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Jika rosak daging itu maka turut rosaklah lainya. Maka ketuahuilah, itulah hati”. Sabda Rasulullah saw telah jelas menunjukkan beratnya penyakit hati itu. Maka untuk megelakkan penyakit hati, kita perlu jaga ia dari sebarang serangan yang mampu merosakkannya. Pergaulan antara lelaki dan wanita tidaklah dilarang, tetapi ia perlu dipelihara supaya tidak mendapat kemurkaan Allah.
Aurat. Ia perlu ditutup kerana ia adalah kewajipan. Aurat lelaki antara lelaki sama seperti aurat lelaki dan wanita.
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24. An Nuur)
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (24. An Nuur)
26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (7. Al A'raaf)
Kesimpulannya, menjadi pemimpin adalah satu tanggungwab yang besar dan ia adalah amanah yang bakal dipersoal kelak. Aku menasihat kepada diri aku yang lemah lagi hina dan kepada rakan pimpinan kampus yang lain; Laksanakan 3M (Membaca, Memahami dan Mengamal al Quran) dan pastikan 3 AT (Solat, Ikhtilat dan Aurat) adalah agenda utama dalam menerajui mana-mana oragnisasi sama ada dalam program, mesyuarat dll.

0 comments:

Post a Comment