Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang telah menciptakan aku serta mencipta makhluk lain untuk keperluan kehidupan di dunia. Dan Dia juga mengurniakan aku nikmat Islam dan Iman semoga aku terus di atas jalan yang benar (jalan yang membawa aku lebih tunduk di bawah kekuasaan Allah swt). Aku berharap penulisan aku kali ini bermatlamatkan redha Allah semata-mata. Tiada apa yang lebih hebat berbanding redhaNya.
Bagi aku, ini adalah tulisan aku yang terakhir sebelum aku tidak sempat menulis lagi kerana kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan akademik (projek tahun akhir, business proposal dan projek mikroprosesor). Ini lah dia sedikit perit berada semester akhir..huhu. Tapi best juga. Pasal nampak bizi betul..hehe. Dan kali ini juga aku ingin berkongsi beberapa cerita supaya boleh dijadikan pengajaran bersama.
Aku, Che' Mat dan Pak Su- Syawal kali ini agak suram bagi aku kerana dua peristiwa sedih berlaku terhadap 2 orang tokoh yang aku kagum dan yang aku sanjung. Peristiwa pertama ialah kembalinya Prof. Madya Ahmad bin Ismail (Timbalan Pengarah Kampus HEP) atau suka dipanggil dengan panggilan Che’ Mat ke rahmatullah pada 2 Syawal di Klang, Selangor. Terkedu aku membaca sms dari rakan MPP sebaik sahaja pulang dari menunaikan solat zohor. Terus aku dapatkan maklumat untuk pergi menziarahi jenazah. Alhamdulillah, Allah izinkan aku sampai ke rumah Allahyarham Prof di Telok Menegun, Klang. Setibanya aku di rumahnya, jenazah sedang dimandikan. Seterusnya aku hanya menunggu di pintu rumah melihat jenazah dikafankan. Sejuk mata memandang wajah allahyarham Prof ketika dikafan, bersih dan begitu tenang sekali. Sebak dadaku teringat beberapa detik kenangan sepanjang bekerjasama dan menjalankan tugas di bawah seliaan beliau. Allahyarham seorang yang ramah dan mudah berbincang dan begitu tenang. Selain banyak memberi pandangan kepada MPP, beliau juga sama-sama turun padang dalam menjayakan program dan aktiviti pelajar. Beliau adalah contoh tokoh yang bertanggungjawab dan rendah diri.Semoga roh allhyarham dicucuri rahmat Allah. Kemudian, peristiwa kedua pula ialah Tn. Hj. Soder (Pegawai Psikologi UiTMPP) atau lebih dikenali dengan Pak Su ditukarkan ke UiTM Shah Alam. Pak Su merupakan tokoh yang dikagumi oleh warga kampus kerana sifat dan peribadi beliau yang mulia. Rendah diri dan juga pendengar masalah yang baik. Beliau juga banyak mempengaruhi aktiviti-aktiviti pelajar supaya berteraskan nilai-nilai positif, kerohanian, sejagat dan tidak berbentuk sosial negatif. Sememangnya kehilangan 2 orang tokoh ini merupakan kehilangan besar buat UiTMPP. Semoga Allah gantikan dengan mereka lebih baik untuk jawatan yang mereka kosongkan
Aku dan Politik Kampus- Aku dah jadi MPP sebanyak dua sesi di UiTMPP. Sesi pertama sebagai Bendahari Kehormat dan sesi kedua sebagai Setiusaha Agong. Kira orang kata banyak pengalaman la kan. Tapi kenapa aku jadi MPP? dua kali pulak tu. Tapi yang best dua-dua kali aku menang dengan bertanding. Bukan nak bangga. Seolah-olah kemenangan yang dicapai menuntut aku untuk melaksanakan sesuatu. Aku ingin menjawab dulu soalan. “Kenapa aku jadi MPP?”. Semenjak semester 1 aku dah berangan, “kalau lah aku jadi MPP”. Sem 1 dulu aku suka berangan. MPP adalah salah satu cara untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai khalifah di muka bumi Allah swt. Ya, tugas sebagai khalifah Allah. Jika ditanya pada mana-mana muslimin “Apakah tujuan Allah hidupkan kamu di atas muka bumi?”. Sudah tentu mereka akan menjawab “Sebagai khalifahAllah”. Samalah aku. Bezanya bagaimana aku menjalankan tanggungjawab khalifahAllah dalam konteks sebagai pemimpin pelajar. Ini lah politik kampus yang perlu diberi perhatian oleh semua warga kampus. Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di kampus bertujuan untuk membangunkan modal insan. Sebagai MPP yang ber’authority’ untuk melaksanakan program, jadi peluang inilah untuk memberikan input positif dan nilai-nilai murni berteraskan agama supaya pelajar-pelajar membesar di kampus dengan iklim yang baik, tenang dan penuh dengan nilai-nilai positif. Contohnya, mengadakan musabaqah, festival nasyid dan seumpamanya. Penganjuran aktiviti seperti ini secara berterusan mampu melahirkan generasi pelajar yang berpegang teguh dengan prinsip ajaran Islam dan terselamat dari ancaman pemesongan akidah seperti gerakan freemasonary, krintianisasi dan free-thinker yang sedang hebat melanda di kampus-kampus besar seluruh negara. Maka ia menjadi tugas aku dan rakan-rakan perwakilan pelajar lain yang mengaku sebagai khalifahAllah untuk mengukuhkan akidah Islami di kalangan pelajar UiTMPP. Inilah juga yang perlu difahami oleh mana-mana pelajar yang ingin menjinakkan diri dalam kepimpinan di kampus. Ia bermula dengan persoalan “Kenapa nak jadi MPP, JPK dan Presiden Kelab dan Persatuan?”. Kita kena ingat bahawa ia adalah amanah dan kelak akan dipersoal di mahkamah Allah setiap yang ada dalam kepimpinan kita. Sila rujuk hadis. Sayugia diingatkan kepada rakan-rakan pelajar, rujuklah al Quran dan hadis dan juga para ustaz dan ustazah dalam setiap aktiviti kehidupan seharian kita. Tak kiralah pemipin atau orang biasa. Allah telah sediakan caranya tinggal kita samada ingin ikut ataupun tidak.
Sekian. Manfaatkan segala ruang-ruang ilmu yang ada. Moga kita menjadi hamba Allah yng bertaqwa. Pohonlah keredhaanNya. Persiapkanlah diri menghadapi sakaratul maut, soal jawab kubur, azab kubur, penimbangan di Mahsyar, perjalanan di Titian Sirat dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment