Monday, April 4, 2011

Lelaki Dayus Tidak Boleh Masuk Syurga

Bismillah...

Aku ingin berkongsi. Ia perlu aku sampaikan sebagai usaha aku untuk berlepas dari tanggungjawab dan juga peringatan untuk aku yang senang lupa.

Dayus. Dayus. Dayus.

Perkataan yang biasa didengari dalam drama-drama bersiri di kaca TV. Biasanya disebut sebegini, " Suami jenis apa kau ini! Kau sememangnya lelaki  dayus !! " marah mentua kepada anak menantunya.

Dewan Bahasa memberi definisi dayus itu ialah tidak bersifat kelelakian; pengecut; penakut.

Tapi aku nak bagi tahu apa itu dayus dengan huraian oleh ustaz dalam kuliah hadis. Dayus itu hanya ada pada lelaki. Dayus ialah:
  1. Suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri.
  2. Suami yang tidak memberi pendidikan kepada isteri.
  3. Suami yang tidak melarang kejahatan isteri dan anak-anaknya.
Melihat kepada ketiga-tiga ayat di atas, terasa sangat dekat dan mudah dilihat pada keliling kita. Dengan makna mudah ramai lelaki dayus di dunia ini. Buktinya?

Sebagai contoh, Si ayah slumber membiarkan anak perempuannya berpakaian dengan pakaian adiknya. Susuk tubuh terihat jelas. Dengan ketatnnya, jarang dan singkat. Hal ini menjadi dosa jika si ayah itu tahu akan perbuatan anaknya itu akan mendatangkan dosa dan sengaja membiarkannya. Lainlah jika lansung tidak tahu menahu hal-hal agama.

Jelasnya, yang aku boleh katakan "TUNTUT LAH ILMU AGAMA." Tak kira siapa pun. Menteri, DO, pensyarah, tukang kebun, cleaner sekali pun. Ilmu itu benteng. Ilmu memandu. Supaya kita tidak menjadi DAYUS.

Kerana dipintu syurga telah tertulis "Lelaki dayus tidak boleh masuk syurga."

(isi-isi dari kuliah hadis Masjid al-Hidayah Telok Panglima Garang)

0 comments:

Post a Comment