Sunday, December 6, 2009

SENARAI HOTEL YANG MENDAPAT PENSIJILAN HALAL JAKIM

1)Semarak Capital Sdn Bhd (Grand BlueWave Hotel Shah Alam)
Persiaran Perbandaran Seksyen 14
40000 Shah Alam
03-5511 8811

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

2)UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd
INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
PERSIARAN RAJA MUDA, SEKSYEN 7
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
03-55225003

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

3) Hilton Petaling Jaya
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA
03-79559122

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

4) Lotus Nation Sdn Bhd
HOTEL PUTRA KL
LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR
03-26881888 /
03-26881899

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

5) SHERATON LABUAN HOTEL
Lot 462, Jalan Merdeka
87007 Labuan
087-422 000

Kisah Pelajar Fakulti Hotel Yang Berpraktikal

Salam…

Huh lame bebeno tak menulis blog. Pe sal la malas sgt nih. Hurm..Sebenornye x la mls pun. Mgkin terlalu byk perkra nak ditulis smpai langsung x tertulis..(apa punya alasan lah).

Tapi xpe..tetap kene “balighu anni walau ayah”

Nak cerita la skit. Ni kisah rakan2 dan kenalan2 aku la. Menjadi tanggungjawab aku untuk cuba membantu dalam apa jua permasalahan yang timbul dikalangan pelajar di kampus UiTMPP ni.


(bangunan fakulti hotel uitmpp)

Masalahnya, student fakulti hotel yang berpraktikal di tempat atau hotel yang ada arak atau menyediakan minuman keras itu. Mereka cakap,

Saturday, November 14, 2009

Suara Pelajar UiTM Pulau Pinang

Ini beberapa aduan/cadangan/kritikan yang diterima dari pelajar UiTMPP sepanjang berlansung Minggu Sahsiah Rupa Diri dan Keselamatan pada semester ini.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 09/10
1. Lebihkan aktiviti kerohanian
2. "MPP suara UiTM, bukan suara pelajar", "MPP UiTMPP = pengawas sekolah", "letak jawatan la wei"
3. Jemput penceramah-penceramah hebat/pakar motivasi dari luar. Imbangi pembangunan sahsiah rupa diri pelajar
4. Sahsiah rupa diri pelajar perlu dipantau. Pemakaian tudung untuk pelajar perempuan (ISLAM) perlu diwajibkan
5. "Kepada saudara MPP #####, Fakulti #########. Tolong ubah sikap anda. Ada dikalangan pelajar baru tidak menyenangi atas sikap anda
6. Kebajikan pelajar Sabah dan Sarawak perlu dipantau semasa cuti semester (yang tidak pulang)
7. Bersemuka dengan semua AJK persatuan dan kelab membincangkan masalah berkaitan


JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ
1. Ketidaktepatan masa JPK Mutiara untuk buka gym

FASILITI/PERKHIDMATAN
1. Kemudahan Wi-Fi di Kolej Mutiara tidak memuaskan. Hanya terdapat di blok siswa. Siswi tiada.
2. Mesin fotostat dalam kawasan kampus.
3. Perbanyakkan printer di perpustakaan. Mudahkan pelajar nak print assignment.
4. Subsidi makan untuk semua student NR memandangkan kami terpaksa membayar sewa rumah tanpa  bantuan.
5. Penyediaan bas sedia ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
6. Ais mahal. Kat kafe zamrud (RM0.50 tapi plastik kecik)
7. Notis board di kolej Zamrud berserabut. Perlu ada sistem notis.



PENTADBIRAN/PENGURUSAN UNIVERSITI/KOLEJ
1. E-insentif makanan: Layanan staf kolej. "Saya menyatakan bahawa status permohonan saya berjaya, tetapi duit x tidak masuk". Staf tersebut menjawab "itu urusan awak dan pihak bendahari Shah Alam". "Adakah saya terpaksa ke Shah Alam untuk selesaikan masalah itu??"
2. Ada lecturer yang xnak ganti kelas, kuliah tertangguh
3. Update notis di Kolej Mutiara
4. Pihak pejabat kolej yang kurang berbudi bahasa terhadap pelajar
5. Makanan di cafe Zamrud mahal, harga tidak tetap
6. Lanjutkan tempoh perkhidmatan perpustakaan

SAHSIAH RUPA DIRI
1. Tumpukan perhatian kepada pakaian pelajar perempuan
2. Ramai pelajar tidak mengikut sahsiah rupa diri
3. Kawalan disiplin sahsiah rupa diri terhadap siswi sangat ringan.Slumber ke kuliah/kelas dengan memakai   selipar/kasut tidak bertutup
4. Peraturan pemakaian perempuan longgar sangat sampai terbeliak biji mata lelaki, nak terkeluar biji mata. Perempuan free-hair pakai baju xda kolar, tayang leher. Perempuan pakai selipar jamban ke kelas xda tindakan. Bukan sexist atau diskriminasi, hanya inginkan keadilan
5. "Mengapa perempuan boleh pakai selipar masuk ke library pada waktu malam?Sy pakai selipar tak boleh pulak. Apa beza lelaki dan perempuan?Bukan sy pakai selipar kotor pun"
6. Sahsiah rupa diri untuk pelajar siswi tidak diperketatkan. Asyik student lelaki untuk kesalahan sahsiah rupa diri


PENGAWAL KESELAMATAN
1. Pengawal berat sebelah. Tidak mengambil tindakan kepada pelajar yang mewarnakan rambut.
2. Pengawal keselamatan terlalu berkira dalam kesalahan kecil terhada siswa sedangkan siswi melakukan kesalahan berat (contohnya pakaian) tidak ditegur
3. Pengawal keselamatan perlu membantu pelajar/staf UiTM yang menghadapi kesulitan


Ini hanya sebahagian dari ratusan borang aduan yang diterima. Harap pihak berkenaan boleh ambil tindakan sewajarnya untuk kebaikan bersama.

" USAHA, TAQWA, MULIA"

___________________________________________________________________________________

Friday, November 6, 2009

Kelonggaran Disalahgunakan


Betul ker???
Foodcourt (sebelah Pusat Kesihatan) dah jd tempat maksiat
Betul kot. 24-hour dorang boleh guna tempat tu..
Hari tu beberapa pelajar siswi menemui aku supaya perbuatan tidak senonoh pelajar kat fudkot disampaikan ke telinga pentadbiran universiti.
Pelajar siswi tersebut menunjukkan bukti sahih (ada foto lagi). Dorang wat x senonoh mcm mana??..xyah tahu r. geli aku ceghite kan nye.
Cis, anak tak sedar diuntung. (relax li)..haha..mana x marah. kolej free.wireless free.yuran 4 ratus ringgit.elaun makan dapat. pengangkutan free (bas).
Apa nak kisah..biasalakan..sosial2 ni..
ya..memang “So Sial”

Perniagaan Sebenar


Kepada saudaraku,
Harap abang dalam keadaan sihat sejahtera. Tulisan ini akan menjelaskan keputusan saya tentang apa yang telah kita bincangkan tempoh hari.
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi belanja saya minum, berbual dengan abang dan berkenalan dengan rakan-rakan abang. Ia pengalaman yang hebat dan penuh ilmu. Sedikit sebanyak membuka mata saya tentang peranan sesama muslim dalam membantu untuk mencapai kejayaan bersama. Bagus usaha abang tu.
Jika hendak ikutkan nafsu, terus terang saya tanpa banyak berfikir saya mesti akan ikut abang. Ciri-ciri pada abang cukup meyakinkan saya supaya tidak melengahkan keputusan dan terus menyertai perniagaan tersebut.
Tetapi saya ada pertimbangan tersendiri. Sedikit ilmu pengetahuan yang ada pada saya bukanlah saya hendak mengatakan saya lebih betul dari abang. Cuma masing-masing akan terus hidup atas pilihannya dengan izin Allah.
Seperti yang abang sebut, kalau saya tak berminat pun tidak mengapa kerana abang boleh cari orang lain lagi. Maka itulah keputusannya. Bukan saya tolak rezeki atau takut ambil risiko. Rezeki itu pun datang dari Allah. Tapi saya perlukan rezeki yang bagaimana? Saya nak rezeki atau nikmat yang mampu menjadikan saya hari in lebih baik hari semalam dan esok hari lebih baik dari hari ini. Rezeki atau pun peluang yang tidak ada unsur syubhah atau pun haram. Saya tidak mengatakan perniagaan abang itu tidak betul. Cuma bagi saya, saya perlu berwaspada terlebih dahulu. Sepertinya HPA yang telah terbukti ia perniagaan halal dari segi syariahnya kerana memiliki panel-panel syariah yang mampu memberikan keyakinan pada saya untuk menyertainya.
Kita berdoa supaya apa yang telah diberi oleh Allah dalam kehidupan kita supaya pemberian itu membawa kita lebih dekat kepadaNya. Inilah yang saya dapat dari siri-siri pengalaman sebagai pelajar dan pemimpin di kampus UiTMPP ini. Ia satu matlamat yang jauh. Memerlukan pengorbanan, kekuatan menempuh dugaan dan cabaran dan peningkatan amalan supaya mendapat keberkatan dalam ilmu penghidupan untuk menghadapi hari kematian.

Jika ditanya, yang mana saya mahu, senang atau tenang?..Saya mahu keduanya (tenang dan senang). Tetapi jika ditanya yang mana patut didahulukan?..Saya kata tenang. Allah Maha Adil. Allah Maha Pemurah. Kita susuri kisah Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Beliau seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Setelah memasuki Islam, beliau mendahulukan ketenangan berbanding kesenangan. Ketika seruan supaya menginfak harta benda untuk tujuan jihad di zaman Rasulullah, maka Rasulullah pun bertanya kepada Abu Bakar “Apa yang telah kamu tinggalkan (harta setelah infak) untuk keluarga kamu?’’. Maka jawab Abu Bakar “Hanya Allah dan Rasul”.
Kisah Abu Bakar di atas membuktikan bahawa Allah Maha Pemurah. Meskipun Abu Bakar menginfak semua hartanya, dia sekeluarga tetap dapat hidup malah mencapai tahap solehin. Inilah kehebatan iman sahabat baginda yang mana mengutamakan tenang dari senang.


Firman Allah swt:
 10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? 
11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.  
(61. Ash Shaff: Ayat 10 dan 11)


“Beramal dengan berfikir, berfikir dengan zikir”

Monday, October 26, 2009

Exam Sudah Tiba

Dah pun tiba
Musim peperiksaan bagi Kampus-kampus UiTM Se-Malaysia

Ayuh kawan-kawan
siap sedia ke medan jihad


selamat menduduki peperiksaan

Thursday, October 22, 2009

Hebat2

Solat-mencegah kemungkaran
Puasa-membina benteng diri
Zakat-menghapus dosa
Haji-Allah janjikan Syurga

Hebatnya Islam

Isu Semasa Lagi..


Bismillahirahmanirrahim.
Pada post yang lepas  aku mengatakan itu adalah post yang terakhir  tetapi aku silap. Aku mahu lagi menulis selagi bergelar pelajar UiTM Penang. Meskipun sibuk dengan beberapa projek, test dan assignment tetapi aku tetap mahu menulis. Penulisan aku kali ini terpanggil atas beberapa isu yang bakal, sedang dan bakal timbul sekitar kehidupan di bumi UiTMPP ini.
Isu yang pertama adalah berkenaan dengan kepimpinan kampus. Baru-baru ni, Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTMPP mengadakan perlantikan baru bagi menggantikan kepimpinan kolej yang lama. Tahniah dan takziah bagi yang telah dilantik untuk memegang jawatan JPK itu. Kemudian timbullah beberapa persoalan dari beberapa individu kepada aku tentang peralihan kuasa itu. Antaranya:
1.       Apakah yang telah disumbangkan oleh pimpinan lepas kepada kepimpinannya?
2.       Adakah pimpinan baru ini akan lebih baik dari pimpinan yang lepas? Jika lebih baik, apa ukurannya?
3.       Apa hala tuju pimpinan baru kepada kepimpinannya?
*kepimpinan=orang-orang/perkara  di bawah tanggungjawab pemimpin
Justeru, kepimpinan adalah tanggungjawab dan amanah. Pandangan saya, sebagai umat Islam kita telah ada kaedahnya. Al Quran dan sunnah telah memudahkan tugas-tugas seorang pemimpin. Ia bonus yang sangat-sangat bernilai. Cuba kita renungkan rentetan sirah Nabi bagaimana Nabi Muhammad SAW diberi wahyu, Jibril mengajar Baginda dengan perkataan IQRA’ yang bermaksud BACALAH. Inilah sebenarnya kunci kejayaan kepada sesuatau kepimpinan. Kita mulakan dengan MEMBACA Al Quran ,kemudian MEMAHAMI Al Quran  dan MENGAMALKAN tuntutan Al Quran. Menjadi pemimpin yang berjaya perlu kapada perlu kepada 3M di atas. Kandungan al Quran adalah menyeluruh. Akidah, syariah dan akhlaknya.
Teringat aku pada pesanan seorang senior (mantan MPP), dia kata “hang kena jaga 3 perkara bila jadi MPP,pada diri hang dan orang-orang bawah hang iaitu Solat fardhu 5 waktu, Iktilat (masalah pergaulan lelaki dan wanita atau siswa dan siswi) dan Aurat
Kenapa  penting 3 perkara di atas? Mari kita bincang bersama.
45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan (29. Al 'Ankabuut)
Hebat bukan kuasa Allah. Dengan besolat mencegah kemungkaran (maksiat). Maka pada mereka yang berasa dalam keadaan maksiat periksalah bagaimana solat kita.
Kenapa perlu menjaga ikhtilat (pergaulan lelaki dan wanita)??..ini bab penting sekali. Kenapa? Kerana ia mempengaruhi hati. Ya, hati. Hati yang mudah berbolak-balik, berasa kasih, rindu, terkenang, terbayang dan lain-lain. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sebagai contoh bercouple sangat2 kuat untuk menyerang hati manusia. Meskipun ada yang menggunakan term “Teman Tapi Mesra” atau pun “kami ni kawan biasa2 je” sebenarnya itu adalah alasan untuk membenarkan dirinya untuk terus berada dalam keadaan tersebut.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad menyebut,”Ketahuilah dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. Jika rosak daging itu maka turut rosaklah lainya. Maka ketuahuilah, itulah hati”. Sabda Rasulullah saw telah jelas menunjukkan beratnya penyakit hati itu. Maka untuk megelakkan penyakit hati, kita perlu jaga ia dari sebarang serangan yang mampu merosakkannya. Pergaulan antara lelaki dan wanita tidaklah dilarang, tetapi ia perlu dipelihara supaya tidak mendapat kemurkaan Allah.
Aurat. Ia perlu ditutup kerana ia adalah kewajipan. Aurat lelaki antara lelaki sama seperti aurat lelaki dan wanita.
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24. An Nuur)
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (24. An Nuur)
26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (7. Al A'raaf)
Kesimpulannya, menjadi pemimpin adalah satu tanggungwab yang besar dan ia adalah amanah yang bakal dipersoal kelak. Aku menasihat kepada diri aku yang lemah lagi hina dan kepada rakan pimpinan kampus yang lain; Laksanakan 3M (Membaca, Memahami dan Mengamal al Quran) dan pastikan 3 AT (Solat, Ikhtilat dan Aurat) adalah agenda utama dalam menerajui mana-mana oragnisasi sama ada dalam program, mesyuarat dll.

Saturday, October 3, 2009

Antara Yang Berlaku Semasa Ramadhan Lepas di UiTMPP



 
DIALOG 1 MALAYSIA
TEMPAT: DEWAN SEMINAR UiTMPP



Aku dan Amir Taufiq (Exco MPP) - Sesi fotografi



Redha (JPK Mutiara) dengan rakan memasukkan borang aduan MPP dalam Peti Aduan MPP
di Laman Perdana


Sekreteriat MPP: Urusetia kaunter aduan MPP
(Mai, Apis, Afiqul dan Paan)


 
Gimik2


Dengah Hisyam (Persediaan Iftar Jamaie di Pusat Islam)

 
Azraful: Ketua Sekreteriat MPP (Bakal YDP MPP insyaAllah)


Dengan Allahyarham Prof. Madya Ahmad Ismail (TP HEP)


Tazkirah Pak Su di Pusat Islam (Kaunselor UiTMPP)





Bersama-sama adik-adik Rumah Anak Yatim, Terengganu (PERKAYA)
Program "Ramadhan Dekat Di Hati"

Ini 'adik-adik' tua UiTMPP..hehe


Majlis Berbuka Posa MPP dan Sekreteriat di Hotel UiTMPP



Aku, Zaza, Ezat (YDP MPP) dan Farah.
Aky x leh dekat dgn Zaza. Ada virus..hehe...gurau
(Majlis Buka Puasa)



Aku dan Beberapa Perkara

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang telah menciptakan aku serta mencipta makhluk lain untuk keperluan kehidupan di dunia. Dan Dia juga mengurniakan aku nikmat Islam dan Iman semoga aku terus di atas jalan yang benar (jalan yang membawa aku lebih tunduk di bawah kekuasaan Allah swt). Aku berharap penulisan aku kali ini bermatlamatkan redha Allah semata-mata. Tiada apa yang lebih hebat berbanding redhaNya.

Bagi aku, ini adalah tulisan aku yang terakhir sebelum aku tidak sempat menulis lagi kerana kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan akademik (projek tahun akhir, business proposal dan projek mikroprosesor). Ini lah dia sedikit perit berada semester akhir..huhu. Tapi best juga. Pasal nampak bizi betul..hehe. Dan kali ini juga aku ingin berkongsi beberapa cerita supaya boleh dijadikan pengajaran bersama.

Aku, Che' Mat dan Pak Su- Syawal kali ini agak suram bagi aku kerana dua peristiwa sedih berlaku terhadap 2 orang tokoh yang aku kagum dan yang aku sanjung. Peristiwa pertama ialah kembalinya Prof. Madya Ahmad bin Ismail (Timbalan Pengarah Kampus HEP) atau suka dipanggil dengan panggilan Che’ Mat ke rahmatullah pada 2 Syawal di Klang, Selangor. Terkedu aku membaca sms dari rakan MPP sebaik sahaja pulang dari menunaikan solat zohor. Terus aku dapatkan maklumat untuk pergi menziarahi jenazah. Alhamdulillah, Allah izinkan aku sampai ke rumah Allahyarham Prof di Telok Menegun, Klang. Setibanya aku di rumahnya, jenazah sedang dimandikan. Seterusnya aku hanya menunggu di pintu rumah melihat jenazah dikafankan. Sejuk mata memandang wajah allahyarham Prof ketika dikafan, bersih dan begitu tenang sekali. Sebak dadaku teringat beberapa detik kenangan sepanjang bekerjasama dan menjalankan tugas di bawah seliaan beliau. Allahyarham seorang yang ramah dan mudah berbincang dan begitu tenang. Selain banyak memberi pandangan kepada MPP, beliau juga sama-sama turun padang dalam menjayakan program dan aktiviti pelajar. Beliau adalah contoh tokoh yang bertanggungjawab dan rendah diri.Semoga roh allhyarham dicucuri rahmat Allah. Kemudian, peristiwa kedua pula ialah Tn. Hj. Soder (Pegawai Psikologi UiTMPP) atau lebih dikenali dengan Pak Su ditukarkan ke UiTM Shah Alam. Pak Su merupakan tokoh yang dikagumi oleh warga kampus kerana sifat dan peribadi beliau yang mulia. Rendah diri dan juga pendengar masalah yang baik. Beliau juga banyak mempengaruhi aktiviti-aktiviti pelajar supaya berteraskan nilai-nilai positif, kerohanian, sejagat dan tidak berbentuk sosial negatif. Sememangnya kehilangan 2 orang tokoh ini merupakan kehilangan besar buat UiTMPP. Semoga Allah gantikan dengan mereka lebih baik untuk jawatan yang mereka kosongkan


Aku dan Politik Kampus- Aku dah jadi MPP sebanyak dua sesi di UiTMPP. Sesi pertama sebagai Bendahari Kehormat dan sesi kedua sebagai Setiusaha Agong. Kira orang kata banyak pengalaman la kan. Tapi kenapa aku jadi MPP? dua kali pulak tu. Tapi yang best dua-dua kali aku menang dengan bertanding. Bukan nak bangga. Seolah-olah kemenangan yang dicapai menuntut aku untuk melaksanakan sesuatu. Aku ingin menjawab dulu soalan. “Kenapa aku jadi MPP?”. Semenjak semester 1 aku dah berangan, “kalau lah aku jadi MPP”. Sem 1 dulu aku suka berangan. MPP adalah salah satu cara untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai khalifah di muka bumi Allah swt. Ya, tugas sebagai khalifah Allah. Jika ditanya pada mana-mana muslimin “Apakah tujuan Allah hidupkan kamu di atas muka bumi?”. Sudah tentu mereka akan menjawab “Sebagai khalifahAllah”. Samalah aku. Bezanya bagaimana aku menjalankan tanggungjawab khalifahAllah  dalam konteks sebagai pemimpin pelajar. Ini lah politik kampus yang perlu diberi perhatian oleh semua warga kampus. Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di kampus bertujuan untuk membangunkan modal insan. Sebagai MPP yang ber’authority’ untuk melaksanakan program, jadi peluang inilah untuk memberikan input positif dan nilai-nilai murni berteraskan agama supaya pelajar-pelajar membesar di kampus dengan iklim yang baik, tenang dan penuh dengan nilai-nilai positif. Contohnya, mengadakan musabaqah, festival nasyid dan seumpamanya. Penganjuran aktiviti seperti ini secara berterusan mampu melahirkan generasi pelajar yang berpegang teguh dengan prinsip ajaran Islam dan terselamat dari ancaman pemesongan akidah seperti gerakan freemasonary, krintianisasi dan free-thinker yang sedang hebat melanda di kampus-kampus besar seluruh negara. Maka ia menjadi tugas aku dan rakan-rakan perwakilan pelajar lain yang mengaku sebagai khalifahAllah untuk mengukuhkan akidah Islami di kalangan pelajar UiTMPP. Inilah juga yang perlu difahami oleh mana-mana pelajar yang ingin menjinakkan diri dalam kepimpinan di kampus. Ia bermula dengan persoalan “Kenapa nak jadi MPP,  JPK dan Presiden Kelab dan Persatuan?”. Kita kena ingat bahawa ia adalah amanah dan kelak akan dipersoal di mahkamah Allah setiap yang ada dalam kepimpinan kita. Sila rujuk hadis. Sayugia diingatkan kepada rakan-rakan pelajar, rujuklah al Quran dan hadis dan juga para ustaz dan ustazah dalam setiap aktiviti kehidupan seharian kita. Tak kiralah pemipin atau orang biasa. Allah telah sediakan caranya tinggal kita samada ingin ikut ataupun tidak.


Aku dan Project Partner (FYP)- Ini bukan tajuk penting untuk coretkan, sekadar memenuhi kehendak hati aku supaya ia mengurangkan gusar di jiwa. Project partner aku adalah siswi. Sukar. Memang sukar dalam menjaga diri ketika bekerjasama untuk menyiapkan project tasks. Seolah mimpi ngeri bila mana dilihat pemimpin pelajar (aku la tu) seolah-olah ber’kepit’ dengan seorang siswi. Apa lagi, fitnah. Ia menjadi fitnah. “Abg Aly couple dow”. Inilah kemungkinan ayat yang diucapkan oleh pelajar-pelajar yang lebih junior dari aku bila melihat kami. Tapi mungkin ia juga berlaku atas beberapa kesilapan aku dalam menjaga batas-batas dengan beliau. Aku harap batas pergaulan kami tetap terpelihara dan dijauhkan dari maksiat dan fitnah. Kekadang memang hati ini juga mudah berbolak-balik dengan perasaan yang kurang sihat. Sah-sah ia pekerjaan syaitan dan nafsu. Teringat aku kata-kata seorang senior aku “Kelemahan lelaki adalah wanita, dan kelemahan wanita adalah lelaki”. Tepat sekali ayat ini. Fitrah aku semestinya merupai atuk aku iaitu Nabi Adam yang memerlukan Hawa sebagai teman. Jika Adam dan Hawa, maka Aly Idham dan (………….). Tak tau la siapa. Tapi couple bukan jalan aku untuk aku mendapatkan teman hidup. Sudah beberapa kali aku mendapat penjelasan samada bacaan mahupun kuliah-kuliah agama yang menyatakan bahawa couple itu haram. Antara sebabnya yang aku masih ingat ialah couple ada zina hati,dan mata. Ia menjadi faktor kita untuk terjerumus kepada zina yang nyata sedangkan Allah melarang dalam al Quran dengan ayat “ La takhrabuz zina” ataupun “Jangan menghampiri zina”. Jadi couple adalah perbuatan menghampiri zina. Dan demi menjaga kemulian generasi keturunan aku, maka aku tidak akan bercouple. InsyaAllah aku mohon kekuatan dari Allah supaya dikuatkan hati ku untuk menangkis godaan syaitan dan nafsu. Dan kesimpulannya, partner project aku tu bukan awek aku. Kawan biasa. Aku ikhlas berkawan dengan dia dan harap dia juga ikhlas kawan dengan aku.

Sekian. Manfaatkan segala ruang-ruang ilmu yang ada. Moga kita menjadi hamba Allah yng bertaqwa. Pohonlah keredhaanNya. Persiapkanlah diri menghadapi sakaratul maut, soal jawab kubur, azab kubur, penimbangan di Mahsyar, perjalanan di Titian Sirat dan lain-lain.

Monday, September 28, 2009

10 Perkara Mematikan Hati


  1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya
  2. Kamu membaca Al Quran tetapi tidak laksanakan ajaran dan perintahnya
  3. Kamu kata cinta kepada Rasulullah tetapi kamu tidak ikuti sunnahnya
  4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya
  5. Kamu kata kamu cintakan syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
  6. Kamu kata kamu takutkan neraka tetapi kamu gadaikan diri untuknya
  7. Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang tetapi kamu tidak membuat persediaan  untuk  selepas   kamu mati    
  8. Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri
  9. Kamu gunakan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya
  10. Kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya
 Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham. Sabda Nabi s.a.w : " Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu ". Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka !Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya."

(Sumber: http://www.angelfire.com/in/elcom98/hatimati.html) 

Friday, September 18, 2009

Facebook: Antara Pro dan Kontra

Saya link kan pengunjung yang dikasihi ke satu web http://saifulislam.com/?p=6714
Semoga kita sama-sama bermuhasabah.


SAYA ALY IDHAM DAN KELUARGA MENGUCAPKAN 
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Neraka Sudah Sejuk

Perjalanan pulang dari Alor Setar ke kampus UiTM Permatang Pauh bersama Dayah dan Ita pada waktu malam hening diselangi dengan beberapa cerita jenaka dan seram. Aku yang memandu dengan perut agak kenyang memang memerlukan mereka untuk berbual supaya tidak selesa ketika memandu dan menyebabkan aku mengantuk.


Sayup-sayup dengar lagu raya dari telefon bimbit Dayah, tiba-tiba Ita bersuara "Teruk kan remaja-remaja sekarang ni. Ada ja masalah sosial". Ita memulakan perbualan dengan keluhannya. Aku mendengar dan mengangguk tanda setuju. Lalu aku terus bertanya kepada Dayah tentang kes merokok dikalangan siswi di Kolej Baiduri. Dayah pun menjawab "Ya, ada. Budak aras aku. Budak sem 1". Wow, betulke? Hebat betul, desir hatiku. Sem 1 dah berani merokok dalam kolej. Siswi pulak tu.



Fikiran ku terus melayang teringat seorang siswi semester satu. Namanya Intan. Pada suatu hari, dia ada beri sms m'ucap terima kasih atas sms ku kpd dia. (Hubungan: aku mentor Intan dlm LDK). Dan sms seterusnya dia menyatakan yang dia ni free-hair dan berniat nak pakai tudung tetapi belum bersedia. Dia minta pandangan aku. Pada waktu tersebut aku hanya mampu meminta jawapan dari kawan-kawan perempuanku. Antara jawapannya "Intan kena faham kenapa perlu memakai tudung" dan ada juga menyatakan, "Yang penting dia tidak hipokrit pada diri dia"



Lalu, aku mengajukan permasalahan Intan untuk dijawab oleh Dayah. Tepat dengan masa dan orangnya. Dia sendiri pernah seperti Intan. Dayah berkata, "Aku dulu pun macam tu. Kerap bagi alasan. Tapi pada suatu hari, aku dinasihati oleh abang aku. Dia minta aku untuk pakai tudung untuk pergi kedai bersama tapi aku mengelat kat dia, "dekat je pun kedai tu. Tak yah la". Lepas tu abang aku cakap , "Terpulang lah pada kau. Aku nasihat je. Ye lah kan. Neraka dah sejuk. Kita nak takut apa kan?". Terpaku Dayah mendengar kata-kata abangnya itu. Semenjak dari saat itu, Dayah perlahan-lahan mengenakan tudung pada anggotanya. Dayah yang mendapat Hidayah. Alhamdulillah.


31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, tau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur)

Catatan Pribadi:
Aku x dapat byk membantu Intan meskipun aku tahu akan kewajipan menutup aurat itu perlu dituruti oleh Intan. Pandangan aku, janganlah kita melengah-lengahkan perkara baik. Tidak perlu tindakan drastik. Do it slowly. Dan kita kena terimapakai nasihat mereka yang lebih a'lim (lebih tahu) dan bukan sindiran negatif dari rakan-rakan yang tidak membina.

"Tempatkan diri di tempat yang selamat"

mungkin ini membantu:


Sara Bokker is a former actress/model/fitness instructor and activist. Currently, Sara is Director of Communications at "The March For Justice," a co-founder of "The Global Sisters Network," and producer of the infamous "Shock & Awe Gallery."

http://www.marchforjustice.com/showdetails.php?id=174 
http://www.marchforjustice.com/showdetails.php?id=16958 (versi bahasa)

Saturday, August 29, 2009

DIALOG NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN LEADER SYAITAN

Ringkasan kisah ini telah disesuaikan kembali daripada penyusun
asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan,
Singapura dan penerbit asalnya Hashim bin Haji Abdullah yang dicetak
oleh Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd., Singapura.

Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa raja iblis dan
menyuruh raja iblis mengadap kehadhirat Baginda Junjungan Besar Nabi
Muhammad Rasulullah S.A.W. bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran
dan kebencian raja iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian
darjat Baginda Rasulullah S.A.W. serta menjadi perisai dan peringatan
kepada sekelian umat Baginda. Malaikat menyatakan Titah Allah SWT
kepada raja iblis :


Friday, August 21, 2009

Berjumpa Lagi


Kini Ramadhan bertandang lagi
Atas keizinan Illahi

InsyaAllah tak kan ku persiakan lagi
Dengan izin Illahi

Titik tolak transformasi diri
Atas kuasa Illahi

Berharap lebih mengenal diri
Dengan izin Illahi

Supaya aku lebih dekat dengan Illahi

Wednesday, July 29, 2009

Cuba Check Diri Kita

Apa kah Istidraj ??? .

Ia nya ada lah pemberian nikmat oleh Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak di redhai Nya . Ini lah yang di katakan Istidraj .


Rasullullah saw bersabda bermaksud : ' Apabila kamu melihat bahawa Allah swt memberikan nikmat kepada hamba nya yang selalu membuat maksiat ( durhaka) , ketahui lah orang itu telah di istidrajkan oleh Allah swt '

( Di riwayatkan oleh At - Tabrani , Ahmad dan Al - Baihagi ).

(Gambar Hiasan)

Tetapi manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang keliru dengan pemikiran nya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepada nya ada lah kerana Allah swt berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat nya . Masih ada orang yang ragu ragu , kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut langkah Rasullullah saw dan berpegang teguh pada agama islam .

Tapi bagaimana dengan ada orang yang solat 5 waktu sehari semalam , bangun tengah malam tahajjud , puasa di bulan ramadhan , bahkan isnin , khamis dan puasa sunat yang lain . T
api , hidup mereka biasa saja , ada yang susah juga , kenapa ?? . Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak solat , puasa pun tidak pernah , rumah nya tersergam indah , kereta mewah menjalar , duit nya banyak , dia hidup kaya dan mewah . Bila kita tanya apa kah kamu tidak takut mati ? . Jawab mereka ( si kaya yang di istidraj) alah orang lain pun mati juga , kalau masuk neraka ramai ramai seronok . Sombong nya mereka , takbur nya mereka kepada Allah swt .

Nabi Muhammad saw naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong , Nabi Sulaiman sebesar besar pangkat nya sehinggakan semua makluk di bumi tunduk di bawah perenta
h nya pun tidak sombong . Secantik cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud , mereka tidak sombong .
Bila sampai masa nya dan ketika nya mereka tunduk dan sujud menyembah Allah swt .
Manusia Istidraj

Manusia yang lupa daratan , mengambil akan nikmat yang di kurniakan oleh Allah swt tetapi mengekalkan berbuat maksiat , dia merasakan Allah swt menyanyangi nya . Mereka memandang hina kepada orang yang beramal ( yang miskin tetapi redha) . Ungkapan seperti ini selalu kita dengar : ' Dia itu siang malam ke masjid , basikal pun tidak mampu beli , sedang aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah . Tak payah beribadat pun rezeki aku mencurah curah , itu tanda nya Allah sayang aku . Sebenar nya kekayaan , kesenangan , sehat tidak sakit , di pandang mulia itu , Allah swt memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan ( Istidraj ) agar ia terus lalai dan lupa akan hari mati dan akhir nya mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah swt .

Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : ' Apabila Allah swt menghendaki untuk membinasakan semut , Allah swt terbangkan semut itu dengan dua sayap nya ( Kitab Nasaibul'Ibad ) .

Anai anai jika tidak bersayap maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah celah daun , tetapi jika Allah hendak membinasakan nya , Allah berikan sayap lalu bila sudah bersayap , anai anai pun menjadi kalkatu . Kalkatu bila mendapat nikmat ( sayap ) , dia akan cuba melawan api Begitu juga manusia bila mendapat nikmat , dia akan cuba melawan Allah . Hukum hakam Allah di langgari , malah lebih teruk lagi mereka mengantikan dengan hukum hakam yang di cipta oleh akal manusia yang terhad . Bagi mereka janji janji akhirat itu hanya cerita dongeng saja .

Bukti nya , Fir'aun , nikmat nya tidak terkira , tidak pernah sakit , bersin pun tidak pernah kerana Allah berikan nya nikmat kesihatan . Orang lain selalu sakit , tapi fir'aun tidak , orang lain mati , namun dia masih belum mati mati juga , sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku diri nya Tuhan . Tetapi dengan nikmat ( istidraj ) itu lah Allah binasakan dia .

Namrud , yang cuba membakar Nabi Ibrahim , betapa besar pangkat Namrud ? . Dia begitu sombong dengan Allah akhir nya menemui ajal nya hanya di sebabkan seekor nyamuk yang masuk ke dalam lubang hidung nya .

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qorun . Anak kunci gudang harta nya sahaja di bawa oleh 40 ekor unta ( kalau kunci nya di bawa oleh 40 ekor unta kita boleh bayangkan banyak mana hartanya) Akhir nya dia di tenggelamkan bersama sama harta nya sekali akibat terlalu takbur . Jadi kalau kita kaya , jangan sangka Allah sayang , Qorun lagi kaya akhir nya binasa juga .

Jadi , jika kita kaji dan fikir betul betul , maka terjawab lah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita . Mengapa orang kafir kaya , dan orang yang berbuat maksiat hidup senang / mewah . Pemberian yang di berikan oleh Allah pada mereka bukan lah yang di redhai nya . Rupa rupa nya ia nya ada lah ( istidraj ) bertujuan untuk menghancurkan nya .
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaan nya ? .

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat , pergi ke masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istadraj , orang naik pangkat istadraj , di muliakan orang istadraj , kita katakan yang Allah tidak redha akan mereka . Orang yang mengunakan nikmat nya untuk kebajikan , membantu perjuangan islam , membantu pada yang memerlukan dan untuk beribadat kepada Allah bukan lah di katakan istidraj . Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan , kalau hendak selamat hidup kita mesti ada pegangan ia itu Al-Qur'an , Sunnah , Qias dan Ijmak Ulama . Bukan kaya yang menjadi matlamat hidup dan juga bukan miskin yang kita cari .

Tujuan hidup kita ada lah mencari keredhaan Allah swt . Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang di redhai Allah ? . Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenar nya tentang nikmat yang di terima nya itu ia lah apabila dia bersyukur akan nikmat itu . Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah . Maka segala limpah kurnia yang di perolehi itu ada lah nikmat pemberian yang di redhai Allah swt . Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah , nescaya selamat lah kita di dunia dan akhirat .



Faqir di sisi Allah swt
haji bahari haji salleh

Peluang Hijrah Untuk Mahasiswa (cont..)

Kehidupan di kampus menemukan kita dengan pelbagai watak dan sikap manusia; rakan-rakan, pensyarah, pegawai tadbir dan lain-lain. Ini sebenarnya memberi kita peluang kepada diri kita untuk menilai posisi kita dikalangan mereka. Bergaul dengan ahli akademik atau individu yang mempunyai PhD atau Prof sudah tentu ia memberi galakan dan motivasi kepada kita untuk sama berjaya seperti mereka.

Saya ingin menekan di sini ialah usaha yang berterusan yang perlu kita wujudkan dalam diri kita. Ia tidak tertumpu kepada aspek akademik semata-mata, malah kemantapan ilmu ukhrawi (akhirat atau agama) juga perlu dituntut bersama. Usaha berterusan ini hendaklah di aplikasi dalam segala aspek. Antara cara yang mudah ialah bijak menggunakan sumber yang ada disekeliling atau mengambil segala peluang yang ada. Contohnya, dapatkan tips belajar berkesan dari pensyarah yang mengajar kita dan kita tidak perlu membeli buku kaedah belajar (ada penjimatan) atau penglibatan diri dalam organisasi dalam menambahkan skill dan pengalaman, tentunya kita perlu pilih organisasi atau kelab yang mampu memberi input yang kita mahukan dan organisasi itu mampu membentuk jiwa kita supaya menyukai perkara kebaikan dan menjauhi keburukan.



Begitu juga dengan ilmu agama. Teringat seorang ustaz memberi tahu bahawa insan atau manusia ini terdiri daripada dua juzuk (benda) iaitu jasad (jasmani) dan roh (rohani). Sehinggalah sampai detik kematian, satu darinya akan ke atas dan satu lagi akan ke bawah iaitu jasad ke bawah dan roh ke atas. Sambungnya lagi, dengan agamalah akan menentukan baiknya proses pemisahan antara dua juzuk tadi (sakaratulmaut). Kesimpulan, jika mantap agamanya,
maka mudahlah ketika itu. Jika tidak, sukarlah ia. Justeru, ilmu agama adalah utama untuk dituntut kerana kita yang sedang hidup ini adalah sedang munggu mati. Kita perlu berusaha untuk menyeimbangkan duniawi dan ukhrawi dan meletakkan keredhaan Allah swt sebagai matlamat kehidupan.




(to be continued)


Wednesday, July 15, 2009

Isu Semasa Kampus

Macam2 perkara dah berlaku semenjak bermulanya hari pendaftaran hingga ke hari. ini Paling merisaukan kes kecurian juga kembali. YDP sendiri kehilangan laptop dan wang ringgit pada MMS lepas, kira kes kecuriaan pembukaan lah tu. Kesian bos aku.

Senario terbaru, fudkot buat kat loading bay (dkt2 bukstore).nmpak meriah je.fudkot ni lah antara tmpat tumpuan pelajar.jd bila dah berkumpul-kumpul nak makan ni, mulalah siswa dan siswi.si siswa pasang pancing, umpan baik punya.belanja makan,berbual tentang pelajaran..haha taktik2 belaka.duhai siswi, hati2 lah ye.lebih2 lagi yang part1.korang ada 6 sem la kat sni.slh pilih kwn, merana diri.tapi itulah adat kehidupan.

Seorang staff bagitau hamba, "you know Aly, setiap minggu ada saja kes tangkap khalwat pelajar kita". Terkezut aku mendengarnya.itu yang kena tangkap,yang x kena tangkap?.ini pun baru kes khlwat. ada kes lari dari rumah, bercinta dengan suami orang, hisap dadah, clubbing.adoi, x larat nak tulis masalah2 tu.

Jika dibincangkan antara faktor masalah sosial dikalangan pelajar ini disebabkan oleh pelbgai faktor spt persekitaran, tekanan pelajaran, kewangan, rakan-rakan dan lain-lain. hamba berpendapat ia juga berpunca dari kepimpinan di U, sama ada peringkat U ataupun peringkat pelajar itu sendiri.

Hamba tercabar kerana selaku pemipin pelajar, apa yang hamba mampu lakukan untuk memulihkan keadaan ini. aku mengelamun dan teringat pula pepatah Cina yang pernah diungkap oleh Datuk Fadzilah Kamsah iaitu "klw ikan busuk bermula dari kepala" yang dikiaskan sebagai jika sesuatu masyarakat itu itu bermasalah (penyakit sosial) ia bermula dari pemimpinnya. Hamba setuju dengan pepatah ini.

Pengalaman hamba yang telah menjadi MPP pd penggal yang lepas sebagai Bendahari Kehormat dan kini sebagai Setiausaha sememangnya perit untuk dinyatakan. Kehidupan kita menjadi perhatian orang ramai. kerana terletaknya kita di atas. Perilaku seorang pemimpin itu menjadi sebutan dan ikutan kepada orang di bawah kepimpinanya. Pada suatu hari hamba mendapat sms dari seseorang, "knapa masam ja muka......"(ada lah smbungannya) , dan memang hari itu agak mentensyenkan saya atas beberapa perkara. tetapi lihatlah, betapa berpengaruhnya seorang pemimpin itu terhadap kepimpinannya.

Masalah Kepimpinan:ada seorang Ustaz di uitm bagi tau antara kriteria (atau asas) seorang pemimpin itu adalah: 1. Bertaqwa 2. Berwawasan 3. Berketerampilan (ilmu,soft skill dll). Cuba kita nilai pemimpin di sekeliling kita, adakah ada kriteria yang pertama iaitu bertaqwa pada mereka. Taqwa bermaksud takut kepada Allah atau melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah. Hamba melihat melihat kriteria 2 dan 3 biasa ada pada mana-mana pemimpin, tetapi taqwa itu tidak semua yang ada.

Knapa perlu seorang pemimpin ada sifat taqwa??takda taqwa pun masih boleh mengurus dan mentadbir kan??!..

Dengan taqwa, pemimpin itu dapat mengaku kebesaran Allah sebagai pentadbir alam, mengaku kekuasaan Allah setiap yang berlaku adalah atas ketentuannya dan adalah hak mutlakNya. Dengan taqwa juga ia memimpin atas kalimah suci Allah dan taqwa juga dapat memelihara kepimpinannya dari penyelewengan dan pecah amanah. Kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab.

"La takhrabuz zina": "jangan menghampiri zina" ayat al Quran yang menyeru manusia menjauhkan diri dari zina. Segala perkara yang membawa kepada zina juga adalah di larang keras. Pergaulan bebas antara laki dan wanita, berpacaran (couple) juga dilarang sama sekali.inilah perintah Allah dan bagi mereka yang bertaqwa semestinya tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

knapa x boleh couple?couple yang diamalkan oleh muda-mudi hari ini tidak bertepatan (melanggar syara') denga kaedah Islam. Seorang yang sedang couple amat2 lah sentiasa teringatkan kekasihnya itu,, sms "dh mkn ke blum?", "tgh wat pe?", lalu di manakah Allah dalam hatinya, meskipun solat 5 waktu tidak tinggal tapi adakah ia betul ingatkan Allah? Cubalah bilang sms yang kita hantar kepada kekasih dengan jumlah zikir yang kita sebut dengan ikhlas kepadaNYa. Ternyata manusia memang mudah lupa nikmat yang Allah kurniakan. Justeru, couple boleh mengundang kesesatan kerana mendahulukan makhluk melebihi Allah swt. (klw kita meninggikan manusia melebihi Allah, maka orang itu lebih hebat dari Allah.btol x? lu pikirla sendiri- rosak akidah-)

Seperti yang hmba telah sebut, tindakan pemimpin akah dicontohi oleh kepimpinannya (org di bawah). Klw ketua nya couple, anak buah pun juga akan couple (ikan akan busuk bermula dari kepala). Situasi ini lah yang sedang berlaku di kampus. ada seorang pemimpin kolej sedang bercouple (pegang tangan beb), bila tersempak dengan aku terus lepas tangan..hehe buat2 baik.dengan aku ko takut, dengan Allah Yang Maha Melihat, malaikat kiri kanan 2 ko x takut?!! Begitu juga yang membawa suara dakwah (nasyid) di kampus. mana nak berkat dakwah, dalam masa yang sama buat maksiat..(nak dakwah ke nak glamour..hehe) ibarat tikus membaiki labu.

Sama juga yang terlibat dengan aktiviti2 mpp. dok rapat2 laki dan pempuan.alah terkena sikit ja. bukan wat apa2 pun. baersentuhan, bertepuk tampar, bergurau secara belebih-lebihan antara laki dan pempuan. semua ambil ringan je. ntah dah bertimbun dosa.

aduhai pemimpin pelajar....ni baru kat kampus. belum masuk masyarakat lagi. dah la politik kucar-kacir. oh... umat akhir zaman. nak kiamat ni bro..

pilhanraya kampus tidak lama lagi akan berlansung, mana2 calon yang ingin bertanding pastikan ada 3 kriteria di atas. jika tidak, masalah yang sama akn timbul.

ambilah iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita.kebanyakan masalah yang timbul kerana kita tidak menjadikan Islam sebagai ad-din atau cara hidup yang sebetulnya.kita perlukan al quran dan hadis dalam kehidupan seharian.berdampinglah dengan ulama' dan ustaz.

"bersama usaha menjadi hamba pilihanNya"


Sunday, July 5, 2009

Peluang Hijrah Untuk Mahasiswa

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya masih diberikan nikmat menuntut ilmu kepada jutaan rakyat Malaysia khasnya kepada yang baru selesai menduduki SPM. Tahniah kepada yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading bergelar sebagai mahasiswa Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.


Saya telah terlibat dalam minggu orientasi pelajar baru atau Minggu Mesra Siswa (MMS) di UiTMPP sebanyak 4 kali. Ilmu pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sebagai Pembantu Mahasiswa (PM) banyak membantu dalam kehidupan seharian sebagai pemimpin pelajar dan penuntut IPT. Justeru, saya harap tulisan ini mampu membantu Mahasiswa Baru (MB) dalam kehidupan di kampus. Mungkin juga ada perkongsian cerita peribadi saya yang boleh diambil sebagai pengajaran dan iktibar.

Lazimnya jika ditanyakan soalan kepada pelajar apakah tujuan mereka masuk ke universiti, sudah tentu mereka menjawab, "saya nak belajaq", atau "saya ingin penuhi harapan ibu bapa saya", atau "kawan saya masuk U, saya mesti masuk U jugak". Dan ada juga menambah "Alang-alang masuk U, carik marka (awek) sekali". Tuu dia. Sampai lagu tu.(saja loghat utara skit). Secara rumusannya, rata-rata pelajar di universiti ingin belajar sehingga berjaya dan ingin mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.

Kita hayati hadis ini:

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ))

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Antara perkara pokok dari hadis di atas ialah kepentingan niat dalam sesuatu amalan. Niat menjadi penentu suatu amal itu ibadah ataupun bukan. Saya tak terkecuali dari berniat masuk U adalah untuk mendapat kejayaan dan ingin memiliki kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Memiliki rumah besar dan kereta mewah. Ye lah kan, bakal jurutera. Pasti gajinya lumayan. Di sini lah terdapatnya kelompangan dalam hidup saya akibat menitik beratkan fardhu kifayah (akademik) sehingga terabai fardhu ain yang lebih utama untuk dipelajari terutama dalam batas aurat sesama lelaki (tetap pusat hingga lutut juga) dan batas pergaulan lelaki-perempuan (ni yang paling bahaya..huhu) . Sehinggalah saya bertemu sahabat ketika menyertai Rakan Pusat Islam (RPI-masa semester 1) dan secara tidak lansung sahabat di RPI membantu dan membawa saya kepada matlamat sebenar hidup di dunia ini adalah menuju kepada Allah swt dan ia sama sekali menafikan niat saya yang sebelumnya semata mengejar kemewahan dan kerjaya. Jadi, amatlah rugi kesungguhan menuntut ilmu yang diusahakan jika ia tidak disebabkan untuk mencari keredhaan Allah swt.

(to be continue)