Showing posts with label Lazimku. Show all posts
Showing posts with label Lazimku. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Belajar Dari Penglihatan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah milik Allah swt.

Semua makhluk wajib tunduk dan taat segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Seperti yang dilafaz dalam doa iftitah "inna solati wa nusuki wa ma yahya wa mamati lillahi rabbil alamin" yang bermaksud "sesungguhnya solatku, ibadatku dan matiku hanya bagi Tuhan sekalian alam"

MASALAH

Sedikit perkongsian, aku sementara waktu ini  bekerja sementara sebagai tutor. Pelajar-pelajar terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Aku melihat mereka, teringat diri aku yang dahulu...huhu. Aku jadi tutor dalam pelajaran Bahasa Melayu. Kekadang dalam penulisan, aku sengaja memberi task karangan yang bertajuk masalah sosial dikalangan remaja. Hampir semuanya mampu memberi respon akan punca-punca terjadinya masalah sosial.

Tetapi,

Melihatkan mereka begitu bebas bergaul, bertepuk tampar, berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan. Mendedah aurat dalam berpakaian. Bercakap pada perkara kurang sopan. Dan kurang beradab dalam menuntut ilmu. Dan juga sentiasa UPDATED dengan hiburan semasa. Lady Gaga, Raja Lawak dll.

Mungkin ada yang berkata "Alah, biasalah tu". Tetapi kebiasaan ini adalah salah dan berdosa. Mengenepikan agama.

Secara teori, mereka sudah tahu kenapa berlaku masalah sosial. Pengaruh rakan sebaya, ibu bapa yang kurang beri perhatian, kurang didikan agama dan sebagainya.

Samalah seperti aku yang dahulu. Tahu tetapi tak mahu. Cis, bodohnya aku waktu itu.
TURNING POINT

Ia bukan satu perkara mudah untuk mendapatkan titik tolak untuk berubah. Inilah hijrah. Dari jahil kepada ilmu. Dan sebaik-baik hijrah adalah kerana Allah swt. Taufiq dan Rahmat Allah adalah yang terbaik dan hebat. Tanpanya, hijrah seseorang itu belum tentu hijrah yang sejati dan tulen.

Mengharap rahmat semata-mata tidak berguna tanpa usaha. Ia perlu kepada integrasi usaha dari dalam dan luar. Yang dikatakan usaha dari dalam adalah keinginan dari individu yang bermasalah itu. Contohnya, bertemu dengan pegawai kaunseling atau ustaz untuk mengenalpasti masalah sebenar. Yang dimaksudkan usaha dari luar adalah manusia lain yan mengelilingi mereka yang bermasalah. Setiap insan perlu memainkan peranan membantu sesama manusia. Program dan aktiviti dakwah serta nasihat yang berterusan mampu menghidupkan suasana harmoni. Ambil berat, kunjung-mengunjung dan mengeratkan silaturrahim. Dalam erti kata memandu mereka bermasalah kepada cara hidup Islam yang sebenar.

Semua pihak bertanggungjawab dalam mengatasi masalah sosial dikalangan remaja kerana semakin hari parah. Zina, rogol, gangsterisma dll. Berita seperti sudah seperti biasa didada-dada akhbar.

Kita melihat:
1. Apakah kesan Program Khidmat Negara kepada masayarakat
2. Apakah kesan sistem pendidikan negara kita
3. Peranan agamawan dalam menujukkan usaha amar makruf dan nahi mungkar
4. Kemana Dasar Belia Negara ingin bawa belia-belia negara kita

Sama-sama kita bantu-membantu dalam hal ini. Kita cari jalan yang diredhai Allah untuk menyumbang jasa untuk mengatasi masalah yang makin parah ini.

Wallahua'lam..



Saturday, October 3, 2009

Aku dan Beberapa Perkara

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang telah menciptakan aku serta mencipta makhluk lain untuk keperluan kehidupan di dunia. Dan Dia juga mengurniakan aku nikmat Islam dan Iman semoga aku terus di atas jalan yang benar (jalan yang membawa aku lebih tunduk di bawah kekuasaan Allah swt). Aku berharap penulisan aku kali ini bermatlamatkan redha Allah semata-mata. Tiada apa yang lebih hebat berbanding redhaNya.

Bagi aku, ini adalah tulisan aku yang terakhir sebelum aku tidak sempat menulis lagi kerana kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan akademik (projek tahun akhir, business proposal dan projek mikroprosesor). Ini lah dia sedikit perit berada semester akhir..huhu. Tapi best juga. Pasal nampak bizi betul..hehe. Dan kali ini juga aku ingin berkongsi beberapa cerita supaya boleh dijadikan pengajaran bersama.

Aku, Che' Mat dan Pak Su- Syawal kali ini agak suram bagi aku kerana dua peristiwa sedih berlaku terhadap 2 orang tokoh yang aku kagum dan yang aku sanjung. Peristiwa pertama ialah kembalinya Prof. Madya Ahmad bin Ismail (Timbalan Pengarah Kampus HEP) atau suka dipanggil dengan panggilan Che’ Mat ke rahmatullah pada 2 Syawal di Klang, Selangor. Terkedu aku membaca sms dari rakan MPP sebaik sahaja pulang dari menunaikan solat zohor. Terus aku dapatkan maklumat untuk pergi menziarahi jenazah. Alhamdulillah, Allah izinkan aku sampai ke rumah Allahyarham Prof di Telok Menegun, Klang. Setibanya aku di rumahnya, jenazah sedang dimandikan. Seterusnya aku hanya menunggu di pintu rumah melihat jenazah dikafankan. Sejuk mata memandang wajah allahyarham Prof ketika dikafan, bersih dan begitu tenang sekali. Sebak dadaku teringat beberapa detik kenangan sepanjang bekerjasama dan menjalankan tugas di bawah seliaan beliau. Allahyarham seorang yang ramah dan mudah berbincang dan begitu tenang. Selain banyak memberi pandangan kepada MPP, beliau juga sama-sama turun padang dalam menjayakan program dan aktiviti pelajar. Beliau adalah contoh tokoh yang bertanggungjawab dan rendah diri.Semoga roh allhyarham dicucuri rahmat Allah. Kemudian, peristiwa kedua pula ialah Tn. Hj. Soder (Pegawai Psikologi UiTMPP) atau lebih dikenali dengan Pak Su ditukarkan ke UiTM Shah Alam. Pak Su merupakan tokoh yang dikagumi oleh warga kampus kerana sifat dan peribadi beliau yang mulia. Rendah diri dan juga pendengar masalah yang baik. Beliau juga banyak mempengaruhi aktiviti-aktiviti pelajar supaya berteraskan nilai-nilai positif, kerohanian, sejagat dan tidak berbentuk sosial negatif. Sememangnya kehilangan 2 orang tokoh ini merupakan kehilangan besar buat UiTMPP. Semoga Allah gantikan dengan mereka lebih baik untuk jawatan yang mereka kosongkan


Aku dan Politik Kampus- Aku dah jadi MPP sebanyak dua sesi di UiTMPP. Sesi pertama sebagai Bendahari Kehormat dan sesi kedua sebagai Setiusaha Agong. Kira orang kata banyak pengalaman la kan. Tapi kenapa aku jadi MPP? dua kali pulak tu. Tapi yang best dua-dua kali aku menang dengan bertanding. Bukan nak bangga. Seolah-olah kemenangan yang dicapai menuntut aku untuk melaksanakan sesuatu. Aku ingin menjawab dulu soalan. “Kenapa aku jadi MPP?”. Semenjak semester 1 aku dah berangan, “kalau lah aku jadi MPP”. Sem 1 dulu aku suka berangan. MPP adalah salah satu cara untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai khalifah di muka bumi Allah swt. Ya, tugas sebagai khalifah Allah. Jika ditanya pada mana-mana muslimin “Apakah tujuan Allah hidupkan kamu di atas muka bumi?”. Sudah tentu mereka akan menjawab “Sebagai khalifahAllah”. Samalah aku. Bezanya bagaimana aku menjalankan tanggungjawab khalifahAllah  dalam konteks sebagai pemimpin pelajar. Ini lah politik kampus yang perlu diberi perhatian oleh semua warga kampus. Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di kampus bertujuan untuk membangunkan modal insan. Sebagai MPP yang ber’authority’ untuk melaksanakan program, jadi peluang inilah untuk memberikan input positif dan nilai-nilai murni berteraskan agama supaya pelajar-pelajar membesar di kampus dengan iklim yang baik, tenang dan penuh dengan nilai-nilai positif. Contohnya, mengadakan musabaqah, festival nasyid dan seumpamanya. Penganjuran aktiviti seperti ini secara berterusan mampu melahirkan generasi pelajar yang berpegang teguh dengan prinsip ajaran Islam dan terselamat dari ancaman pemesongan akidah seperti gerakan freemasonary, krintianisasi dan free-thinker yang sedang hebat melanda di kampus-kampus besar seluruh negara. Maka ia menjadi tugas aku dan rakan-rakan perwakilan pelajar lain yang mengaku sebagai khalifahAllah untuk mengukuhkan akidah Islami di kalangan pelajar UiTMPP. Inilah juga yang perlu difahami oleh mana-mana pelajar yang ingin menjinakkan diri dalam kepimpinan di kampus. Ia bermula dengan persoalan “Kenapa nak jadi MPP,  JPK dan Presiden Kelab dan Persatuan?”. Kita kena ingat bahawa ia adalah amanah dan kelak akan dipersoal di mahkamah Allah setiap yang ada dalam kepimpinan kita. Sila rujuk hadis. Sayugia diingatkan kepada rakan-rakan pelajar, rujuklah al Quran dan hadis dan juga para ustaz dan ustazah dalam setiap aktiviti kehidupan seharian kita. Tak kiralah pemipin atau orang biasa. Allah telah sediakan caranya tinggal kita samada ingin ikut ataupun tidak.


Aku dan Project Partner (FYP)- Ini bukan tajuk penting untuk coretkan, sekadar memenuhi kehendak hati aku supaya ia mengurangkan gusar di jiwa. Project partner aku adalah siswi. Sukar. Memang sukar dalam menjaga diri ketika bekerjasama untuk menyiapkan project tasks. Seolah mimpi ngeri bila mana dilihat pemimpin pelajar (aku la tu) seolah-olah ber’kepit’ dengan seorang siswi. Apa lagi, fitnah. Ia menjadi fitnah. “Abg Aly couple dow”. Inilah kemungkinan ayat yang diucapkan oleh pelajar-pelajar yang lebih junior dari aku bila melihat kami. Tapi mungkin ia juga berlaku atas beberapa kesilapan aku dalam menjaga batas-batas dengan beliau. Aku harap batas pergaulan kami tetap terpelihara dan dijauhkan dari maksiat dan fitnah. Kekadang memang hati ini juga mudah berbolak-balik dengan perasaan yang kurang sihat. Sah-sah ia pekerjaan syaitan dan nafsu. Teringat aku kata-kata seorang senior aku “Kelemahan lelaki adalah wanita, dan kelemahan wanita adalah lelaki”. Tepat sekali ayat ini. Fitrah aku semestinya merupai atuk aku iaitu Nabi Adam yang memerlukan Hawa sebagai teman. Jika Adam dan Hawa, maka Aly Idham dan (………….). Tak tau la siapa. Tapi couple bukan jalan aku untuk aku mendapatkan teman hidup. Sudah beberapa kali aku mendapat penjelasan samada bacaan mahupun kuliah-kuliah agama yang menyatakan bahawa couple itu haram. Antara sebabnya yang aku masih ingat ialah couple ada zina hati,dan mata. Ia menjadi faktor kita untuk terjerumus kepada zina yang nyata sedangkan Allah melarang dalam al Quran dengan ayat “ La takhrabuz zina” ataupun “Jangan menghampiri zina”. Jadi couple adalah perbuatan menghampiri zina. Dan demi menjaga kemulian generasi keturunan aku, maka aku tidak akan bercouple. InsyaAllah aku mohon kekuatan dari Allah supaya dikuatkan hati ku untuk menangkis godaan syaitan dan nafsu. Dan kesimpulannya, partner project aku tu bukan awek aku. Kawan biasa. Aku ikhlas berkawan dengan dia dan harap dia juga ikhlas kawan dengan aku.

Sekian. Manfaatkan segala ruang-ruang ilmu yang ada. Moga kita menjadi hamba Allah yng bertaqwa. Pohonlah keredhaanNya. Persiapkanlah diri menghadapi sakaratul maut, soal jawab kubur, azab kubur, penimbangan di Mahsyar, perjalanan di Titian Sirat dan lain-lain.

Friday, July 3, 2009

Langkah Pertama dan Seterusnya

Ape yang nak jadi lepas ini..
Nikmat demi nikmat telah diberi
Tanda Dia sentiasa menyayangi

Tapi apakah aku akan mensyukuri nikmat itu?
Atau aku makin kufur kepadaNya?

Tunduklah. Redhalah. Berusahalah.
Untuk menjadi hamba pilihannya.