Saturday, January 1, 2011

Memori 2010

Huh...huaarghh (seakan menggeliat).. 8 bulan lena dibuai mimpi. Adoi kesian blog aku ni. Sori pada followers and readers.

InsyaAllah, lepas ni Idham akan berblog seperti dulu. Itulah azam tahun baru ni. Azam untuk menjadi Abdullah Khairul Azam, hero movie Ketika Cinta Bertasbih (KCB) tu...etchayhhh..haha berangan sikit.

Tahun baru ni Idham mulakan dengan lafaz Bismillah. Entry kali ni sekadar perkongsian suka-duka 2010. Semoga Pemilik nama Yang Maha Tinggi memberi rahmat kepada kita semua.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Idham konvo pada bulan Mei 2010. Diploma Kej Elektrik (Elektronik). Alhamdulillah, segala puji bagiNya yang tidak putus-putus melimpahkan nikmat dan Idham berjaya tamat pada masanya. Terima kasih dan rasa sayang tidak terhingga kepada emak dan ayah yang sentiasa menyokong dan memberi nasihat sehingga Idham selesai pengajian.



Ini Anis Amirah. Sahabat seperjuangan, seakidah. Anis menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sg. Buloh kerana diserang denggi. Sedih tak terkata kerana Idham kehilangan sahabat sebaik Anis. Muslimat yang gigih berjuang, mencanang idea, mengorbankan masa, ambil berat terhadap rakan-rakannya. Allah Maha Kuasa, Maha Tinggi. Anis dijemput lebih awal, semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama para syuhada'.


Ni kat Opera House, Sydney. Bulan Oct 2010. Idham ada training biomedical machine. Sempoi. Selamat 5 hari je kat sana, kalau tak boleh gelap hati. Tak dak masjid, tak dak kuliah. Makan pulak faham-faham la. Nak makan kenyang kena cari stall milik orang Lubnan, ada ayam golek. Internet kat hotel bukan main mahal, 2 aud = 20 minit (1 aud = RM3+). Keseluruhannya, Idham puas hati dengan fasiliti kat bandar Sydney ni. Train, taxi dan bas seperti dikendali dengan efisyen dan sistematik.
.

Ni kat Pulau  Langkawi. Family vacation la kan. 3 hari 2 malam. Kami menginap di Pantai Chenang. Ramai sangat pelancong, sama ada antarabangsa mahupun dalam negara. Paling syok kat sini masa shoping coklat and candy. Huh..macam syurga coklat. Harga bebas cukai, jadi murahlah. Antara nama pasaraya yang top kat Langkawi ni Idaman Suri dengan Hj Ismail Grup. Orang perempuan leka dengan set pinggan mangkuk, yang perokok tegar lara cari stok rokok berkaton-katon. Bebudak pulak rambang mata dengan coklat. Apa pun Langkawi memang best.

Ni lah sedikit cerita Idham dalam tahun 2010. Bagi Idham segala peristiwa dan perkara yang telah berlaku sepatutnya memuhasabahkan diri kita supaya tidak tergilincir dari matlamat penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah.

Mudah-mudahan 2011 lebih baik dari 2010. InsyaAllah.

Ceria-ceria selalu. haha.

1 comments:

nella said...

selamat kembali ber-blog!

(^_^)

Post a Comment