Thursday, February 18, 2010

Belajar Dari Penglihatan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah milik Allah swt.

Semua makhluk wajib tunduk dan taat segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Seperti yang dilafaz dalam doa iftitah "inna solati wa nusuki wa ma yahya wa mamati lillahi rabbil alamin" yang bermaksud "sesungguhnya solatku, ibadatku dan matiku hanya bagi Tuhan sekalian alam"

MASALAH

Sedikit perkongsian, aku sementara waktu ini  bekerja sementara sebagai tutor. Pelajar-pelajar terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Aku melihat mereka, teringat diri aku yang dahulu...huhu. Aku jadi tutor dalam pelajaran Bahasa Melayu. Kekadang dalam penulisan, aku sengaja memberi task karangan yang bertajuk masalah sosial dikalangan remaja. Hampir semuanya mampu memberi respon akan punca-punca terjadinya masalah sosial.

Tetapi,

Melihatkan mereka begitu bebas bergaul, bertepuk tampar, berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan. Mendedah aurat dalam berpakaian. Bercakap pada perkara kurang sopan. Dan kurang beradab dalam menuntut ilmu. Dan juga sentiasa UPDATED dengan hiburan semasa. Lady Gaga, Raja Lawak dll.

Mungkin ada yang berkata "Alah, biasalah tu". Tetapi kebiasaan ini adalah salah dan berdosa. Mengenepikan agama.

Secara teori, mereka sudah tahu kenapa berlaku masalah sosial. Pengaruh rakan sebaya, ibu bapa yang kurang beri perhatian, kurang didikan agama dan sebagainya.

Samalah seperti aku yang dahulu. Tahu tetapi tak mahu. Cis, bodohnya aku waktu itu.
TURNING POINT

Ia bukan satu perkara mudah untuk mendapatkan titik tolak untuk berubah. Inilah hijrah. Dari jahil kepada ilmu. Dan sebaik-baik hijrah adalah kerana Allah swt. Taufiq dan Rahmat Allah adalah yang terbaik dan hebat. Tanpanya, hijrah seseorang itu belum tentu hijrah yang sejati dan tulen.

Mengharap rahmat semata-mata tidak berguna tanpa usaha. Ia perlu kepada integrasi usaha dari dalam dan luar. Yang dikatakan usaha dari dalam adalah keinginan dari individu yang bermasalah itu. Contohnya, bertemu dengan pegawai kaunseling atau ustaz untuk mengenalpasti masalah sebenar. Yang dimaksudkan usaha dari luar adalah manusia lain yan mengelilingi mereka yang bermasalah. Setiap insan perlu memainkan peranan membantu sesama manusia. Program dan aktiviti dakwah serta nasihat yang berterusan mampu menghidupkan suasana harmoni. Ambil berat, kunjung-mengunjung dan mengeratkan silaturrahim. Dalam erti kata memandu mereka bermasalah kepada cara hidup Islam yang sebenar.

Semua pihak bertanggungjawab dalam mengatasi masalah sosial dikalangan remaja kerana semakin hari parah. Zina, rogol, gangsterisma dll. Berita seperti sudah seperti biasa didada-dada akhbar.

Kita melihat:
1. Apakah kesan Program Khidmat Negara kepada masayarakat
2. Apakah kesan sistem pendidikan negara kita
3. Peranan agamawan dalam menujukkan usaha amar makruf dan nahi mungkar
4. Kemana Dasar Belia Negara ingin bawa belia-belia negara kita

Sama-sama kita bantu-membantu dalam hal ini. Kita cari jalan yang diredhai Allah untuk menyumbang jasa untuk mengatasi masalah yang makin parah ini.

Wallahua'lam..



Wednesday, January 6, 2010

Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa


Salam ukhwah sahabat-sehabat sekalian,

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat lagi aku hidup di bumi yang fana ini.
La ni aku bukan student lagi. Da gheja. Jd RA (Research Assistant) Tapi kat UiTM Penang gak. Tu yang depa tanya kat aku "Bila hang nak blah dari UiTM Penang?". Ada jugak ingat aku extend. Dorang tnya, "Sem lepas bkn abg da part 6 ke?"...Aku senyum je la. Da rezeki aku kat sini kan2x...Tp ada berasa jugak la tengok member2 ramai sambung dgree kat  Shah Alam..best wo..bayangkan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik..hehe. Takpa2..rezeki aku kt lain.

Cuma kali ni lain. Dulu masa student aku, aku aktif dengan aktiviti pelajar. Kebajikan, akademik, ko-kurikulum, sosial dan banyak perkara lagi. Dan kini, aku melihat sahaja. Dah jd ex-student kan.

Tapi sedikit pengalaman aku dalam kepimpinan pelajar (dua penggal), aku melihat kebanyakan pelajar telah dicandu  pelbagai aliran pemikiran menyeleweng. Maksud aku di sini ialah refleksi kepada tajuk aku "Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa".

Clubbing, overnight, disko, hotel 3 jam, bawa pasangan ke dalam rumah sewa dan yang sama jahat denganya adalah aktiviti-aktiviti  biasa bagi sesetengah kumpulan pelajar. Aku dengar sendiri kegiatan tidak bermoral ini dari kawan aku yang juga terlibat aktif suatu ketika dulu. Dia bagi tau dah banyak kali AJK surau taman rumah sewa tempat dia tinggal dan pegawai keselamatan UiTM dtg ambush rumah dia kerana ada perkara sumbang.

Faktor-faktor kepada kejahatan ini memang banyak. Tambahan media hari ini bebas mendoktrin minda mahasiswa tentang keseronokan bila di kampus, jauh dari pandangan ibu bapa. Budaya cinta di kampus ibarat satu kemestian, seperti begitu pelik jika ada yang mengatakan "Aku xda pakwe/aku tak de makwe". Ini ancaman besar kepada bakal pemimpin-pemimpin negara. Seawal remaja telah kenal kepada cinta manusia tetapi tewas dalam usaha mencari cinta yang kekal iaitu kepada Pencipta.

Aku pernah berbual dengan sorang ustaz di Pusat Islam. Dia meluahkan rasanya. "Ustaz ni depa buat macam daun kari. Bila nak  bagi rasa, depa buh dalam gulai. Masa makan depa asingkan tepi pinggan". Dia tujukan pada pemimpin-pemimpin pelajar atau pihak penganjur program. "Bila mai program ada baca doa panggil kita". Tapi pengisian program, lagho sungguh. Apa ingat Islam ni setakat baca doa ja ka?..

Aku  ingat ada satu hadis, kalau kita ajaq satu benda baik dengan orang dan orang tu ajaq benda baik tu pada orang lain pulak dan selagi benda baik itu diulang perbuatannya, maka sampai ke akhiratlah pahala kita akan bertambah-tambah. Manakala yang ajar benda jahat (lagho), dan diikut oleh orang lain, maka sampai akhirat jugalah  dosa dilipat-lipatkan. Hangpa crilah sapa perawi hadis ni. Kalau tak percaya pi tanya ustaz.

Aku berpesan pada diri aku dan pembaca sekalian, hisablah diri kita sebelum kita dihisabkan. Teruskan mencari ilmu supaya reti (tahu) nak bezakan perkara biasa dengan perkara yang betul. Tak semestinya perkara yang kita biasa buat itu betul.

Ok lah, takat tu dlu.
Wallahua'alam.

Sunday, December 6, 2009

SENARAI HOTEL YANG MENDAPAT PENSIJILAN HALAL JAKIM

1)Semarak Capital Sdn Bhd (Grand BlueWave Hotel Shah Alam)
Persiaran Perbandaran Seksyen 14
40000 Shah Alam
03-5511 8811

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

2)UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd
INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
PERSIARAN RAJA MUDA, SEKSYEN 7
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
03-55225003

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

3) Hilton Petaling Jaya
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA
03-79559122

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

4) Lotus Nation Sdn Bhd
HOTEL PUTRA KL
LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR
03-26881888 /
03-26881899

1 DISEMBER 2007
HINGGA
30 NOVEMBER 2009

5) SHERATON LABUAN HOTEL
Lot 462, Jalan Merdeka
87007 Labuan
087-422 000